Perbezaan antara semakan "Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua"

 
Reka bentuk Amerika Syarikat paling penting adalah kereta kebal serdahana [[kereta kebal M4 Sherman|M4 Sherman]]. Kereta kebal M4 menjadi kereta kebal kedua paling banyak dihasilkan semasa Perang Dunia Kedua, dan satu-satunya kereta kebal yang digunakan oleh hampir keseluruhan pasukan Berikat (kerana program [[sewa-pinjam]]). kereta kebal M4 membentuk kereta kebal utama unit Amerika, British, Kanada, Perancis, Poland dan China. Kereta kebal M4 adalah setara dengan kereta kebal serdahana Jerman, kereta kebal Panzer III dan kereta kebal Panzer IV, pada masa ia mula berkhidmat kali pertama pada tahun 1942. Lebih dari 4,000 Sherman dibekalkan ke Soviet Union, bermula pada pertengahan -1943. Kereta kebal M4, sungguhpun boleh diharap dan mudah diselenggara, sudahpun ketinggalan meriam, menjelang Amerika Syarikat bertembung dengan kereta kebal Jerman yang dipertingkat meriam dan perisai di Itali dan Utara Eropah (Panzer IV dan pelbagai meriam gerak sendiri Jerman) dan menjelang akhir 1943 ketibaan kereta kebal Panther dan [[kereta kebal Tiger I]] Jerman adalah ancaman lebih besar kerana julat, ketepatan, dan kuasa robekan meriam utama mereka. Sungguhpun ia dipercayai bahawa ereta kebal Sherman mempunyai kecenderungan untuk meletup dengan hebat kerana kegunaan minyak petrol, ini tidak benar, kerana ia sebenarnya disebabkan oleh penyimpanan peluru pada model awal; versi berikutnya dengan reka bentuk simpanan "basah" tidak mudah meletup sama seperti kereta kebal semasa dengannya.
 
Doktrin cacat Amerika Syarikat kekal memainkan peranan utama bagi mengekalkan kereta kebal M4 dilengkapi dengan meriam yang lemah pada tahun 1944-1945. Doktrin itu menekankan bahawa kegunaan utama kereta kebal adalah bagi menyokong tentera pejalan kaki dan mengambil peluang yang terbuka, sementara peranan kereta kebal pejuang akan ditugaskan kepada cabang pemusnah kereta kebal, dilengkapi dengan kedua-dua meriam ditunda dan gerak sendiri seperti [[M10 Wolverine|meriam 3 inci Motor Carriage M10]]. Meriam 3" GMC M10 berperisai nipis, dilengkapi turet terbuka di atas yang dipasang dengan meriam 3-inci yang merupakan amat berkuasa menurut piwaian pertengahan perang masa itu.
 
== Lihat Juga ==
245,304

suntingan