Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 188:
Secara teknikal, reka bentuk kereta kebal M4 berupaya mengendali meriam lebih besar berbanding meriam 75 mm dan 76 mm yang dipasang ketika keluar dari kilang. Kereta kebal M36 Jackson dengan meriam berkuasa 90 mm turt memasuki perkhidmatan pada musim luruh tahun 1944 dan mampu menembusi perisai "glacis" kereta kebal Panther pada jarak 600 meter. Pihak British memasang kereta kebal Shermans dengan meriam [[Ordnance QF 17 pounder|Ordnance Quick Firing 17 pounder]] yang lebih berkuasa, variasi yang dikenali secara tidak rasmi sebagai [[kereta kebal Sherman Firefly]], dan anggota Marin Amerika Syarikat menggunakan variasi dalam Perang Pasifik yang dikenali secara tidak rasmi sebagai kereta kebal api Ronson. Selepas perang, Tentera Israil memasang meriam anti-kereta kebal 105 mm bertekanan rendah pada kereta kebal M4.
 
Menjelang tempoh kempen Normandy, kereta kebal M4 telah menjadi kereta kebal utama bagi pasukan Berikat. Sesetengah kereta kebal Sherman dilengkapi dengan sistem Duplex Drive ([[kereta kebal Sherman DD]]), yang membenarkan ia berenang dengan menggunakan skrin boleh lipat dan tiub getah boleh dikembungkan. Bersama-sama juga adalah kereta kebal M1 Dozer Blade (kereta kebal Sherman dengan mata jentolak), kenderaan kembalik berperisai pantai Sherman ([[BARV|"beach armored recovery vehicle (BARV)"]], Sherman T34 (yang memiliki [[pelancar roket berganda]] di pasang di atas turet), POA-CWS-H5 ( Sherman dengan penyembur api), Sherman Twaby Ark (yang membenarkan Sherman bertindak sebagai jambatan sementara), dan [[Sherman Crab]] Mark I (Sherman dengan [[minepembanting flailperiuk api]]), dan juga pelbagai jenis variasi lain.
 
== Lihat Juga ==