Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 191:
 
Amerika Syarikat boleh dikatakan menghasilkan kereta kebal ringan terbaik semasa Perang Dunia Kedua, [[kereta kebal M24 Chaffee|kereta kebal Ringan M24]]. Kereta kebal M24 memiliki sistem gantungan palang kilasan ("torsion-bar"), gerak tinggi, dan meriam padat 75 mm. Secara ergonomik, kereta kebal itu juga agak baik. Bagaimanapun, kereta kebal M24 tidak muncul di medan pertempuran sehingga Disember 1944 dan dilengkapi hanya dengan beberapa unit sehingga menjelang akhir perang. Juga pada akhir perang, kereta kebal berat M26 Pershing mula beroperasi. Kereta kebal Pershing merupakan kereta kebal reka bentuk moden dengan sistem gantungan palang kilasan ("torsion-bar"), perisai berat, dan meriam 90 mm yang baik. Bagaimanapun, ia agak kurang kuasa, memiliki enjin GAA Ford sama seperti kereta kebal M4A3. Reka bentuk asas kereta kebal M26 cukup bagus untuk dijadikan asas kepada kesemua kereta kebal Amerika selepas perang sepanjang siri [[kereta kebal M60 Patton]].
 
Jenerasi kereta kebal kedua Jerman yang lebih baik tidak dipadan sehingga akhir perang, tetapi Jerman sudahpun kehilangan kepimpinan menjelang tahun 1943. Dengan jumlah besar pengeluaran Amerika Syarikat, taktik gabungan persenjataan yang lebih baik, dan kesilapan Jerman pada setiap peringkat bererti kereta kebal Amerika biasanya berjaya. Ini menyerupai pola yang dilihat pada permulaan perang, apabila Panzer Jerman yang memiliki berperisai lemah dan meriam lebih kecil, tetapi dikendalikan dengan mahir mampu menghancurkan pesaing mereka Perancis, British, Amerika dan Soviet yang lebih berkuasa melalui serangan blitzkrieg.
 
== Lihat Juga ==