Persatuan Pandu Puteri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
 
Antara pencapaian terkini Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti berikut:
-* Ekspedisi Kinabalu (April 2004) - 49 orang ahli remaja dan dewasa berjaya naik ke puncak Gunung Kinabalu.
-* Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) – 290 ahli Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal yang dilancarkan oleh KDYMM Sultanah Terengganu.
-* Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) – berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia”.
-* Ekspedisi Berakit Sungai Pahang (April 2006) – 140 orang ahli Pandu Puteri Renjer, Pemimpin dan Sukarelawan menyertai ekspedisi berakit antarabangsa ini yang berlangsung selama enam hari lima malam. Peserta mengayuh rakit sepanjang 180 km menyusuri Sungai Pahang. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mendapat hadiah penyertaan terbanyak.
 
Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut menerima pengiktirafan dan penghormatan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan, di dalam dan di luar negeri. Antaranya ialah seperti berikut:
-* KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J., Timbalan Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, telah dilantik sebagai Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGGS pada Ogos 2005
-* Pengurus Kepanduan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Yang Hormat Dato’ Nik Faizah Mustapha menerima Anugerah Tokoh Belia Berjasa (Wanita) daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2005
-* Penolong Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, Puan Normah Datuk Jaffar menerima Anugerah Tokoh Belia Negara Kategori Wanita daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia Negara 2006
 
Salah satu kaedah asas yang ditekankan dalam kepanduan ialah khidmat. Ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa bersedia memberi khidmat kepada yang memerlukan serta mencurahkan tenaga untuk kemajuan bangsa dan negara. Antara beberapa projek khidmat masyarakat Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang utama adalah seperti berikut:
-* Projek Khidmat Hospital dengan tema “Kami membawa Keriangan” dianjurkan oleh Majlis Pandu Puteri Renjer Kebangsaan dan diadakan pada bulan Oktober setiap tahun bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia. Ahli Pandu Puteri Renjer di seluruh negara akan mengadakan projek khidmat di wad kanak-kanak di hospital, sama ada di peringkat negeri atau daerah.
-* Projek “Lids for Limbs” – pengumpulan cecincin tin untuk menghasilkan kaki palsu dan diberikan kepada orang yang memerlukan secara percuma. Projek ini ditamatkan secara rasmi pada 7 Oktober 2006.
-* Projek Bungkusan Kasih. Fasa pertama dijalankan pada tahun 90-an. Dalam fasa kedua (2003 – 2004), sebanyak 4,851 bungkusan kasih telah dihantar kepada kanak-kanak di Iraq. Di bawah fasa ketiga, bungkusan kasih akan terus dihasilkan untuk mereka yang memerlukan di dalam negara.
-* “Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan” dilancarkan oleh SPB Raja Permaisuri Agong pada 9 Jun 2006 di Kota Kinabalu, Sabah. Projek ini bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan kepada ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan masyarakat Malaysia tentang penggunaan dan penjagaan bendera, khasnya Jalur Gemilang dengan betul. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengumpul bendera yang uzur, lusuh dan rosak untuk dibersarakan dengan penuh hormat. Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga akan mengadakan kursus dan aktiviti promosi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang etika dan penjagaan bendera.
 
Sebagai ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai peluang menyertai pelbagai kursus dan acara di peringkat antarabangsa. Untuk membolehkan lebih ramai ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyertai acara dan kursus di peringkat antarabangsa, Tabung Antarabangsa Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah dilancarkan pada bulan Ogos 2006.