Umar bin Abdul Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: fi:Omar ibn Abd al-Aziz
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: en:Umar II; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Umar ibni Abd al-Aziz''' ([[682]]-[[720]]) ialah [[khalifah]] [[Ummaiyyah]] yang memerintah dari tahun [[717]] hingga tahun [[720]]. Tidak seperti [[khalifah]] Ummayyah sebelumnya, dia dilantik ke jawatan [[khalifah]]. Dia ialah sepupu [[khalifah]] sebelumnya dan ialah anak adik [[Khalifah]] [[Abdul Malik bin Marwan|Abdul Malik]] iaitu Abd al-Aziz.
 
== Biografi ==
Umar dilahirkan pada tahun [[682]]<ref>http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm</ref>. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di [[Madinah]] manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di [[Mesir]]. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada [[Khalifah]] [[Abdul Malik bin Marwan]]. Umar ialah cicit kepada [[Khalifah]] kedua [[Khulafa al-Rasyidin]] iaitu [[Saidina Umar Al-Khatab]].
 
=== Menjadi Gabenor Madinah ===
Umar dibesarkan di [[Madinah]] dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke [[Damsyik]] untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya [[Al-Walid I]] yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari [[Iraq]] ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu [[Hajjaj ibn Yusuf]]. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.
 
== Menjadi Khalifah ==
Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah [[Sulaiman bin Abdul Malik|Sulaiman]]. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan<ref>http://sunatullah.com/rahasia-kisah/khalifah-umar-abdul-aziz-yang-sederhana.html</ref>.
 
Baris 20:
Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan [[bangsawan]] Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun [[720]] di [[Aleppo]]. Beliau digantikan oleh sepupunya [[Yazid II]].
 
== Pengiktirafan ==
Hadis Nabi S.A.W
 
Baris 45:
== Cebisan kata-kata menarik ==
 
<center><i>''Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.</i>''</center><ref>http://www.sunnahonline.com/ilm/seerah/0043.htm</ref>
 
- Umar ibni Abd al-Aziz.
Baris 51:
{{reflist}}
== Pautan luar ==
* {{en}} [http://www.renaissance.com.pk/novletfor95.html Umar bin Abdul Aziz]
 
[[Kategori: Bani Ummaiyyah]]
[[Kategori: Kelahiran Arab Saudi]]
[[Kategori: Arab (Saudi) Syria]]
[[Kategori: Bangsa Arab Saudi]]
[[Kategori: Muslim]]
[[Kategori: Khilafah]]
[[Kategori: Khalifah]]
 
{{Link FA|ur}}
Baris 70:
[[da:Umar ibn Abd al-Aziz]]
[[de:ʿUmar ibn ʿAbd al-ʿAzīz]]
[[en:Umar ibn AbdulAzizII]]
[[es:Umar II]]
[[fa:عمر بن عبدالعزیز]]