Lembaga Pertubuhan Peladang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Korporat lpp (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Korporat lpp (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.
 
== '''Sejarah''' ==
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.
 
Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yang berasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar bandar.
 
== '''Senarai Pengerusi''' ==
* Tengku Ahmad Rithauddeen
* Tan Sri Dato' Haji Mustafa Jabar
* Dato' Zainal bin Dahalan
 
== '''Senarai Ketua Pengarah''' ==
* Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
* Dato' Khalid bin Husin
Baris 21:
* Dato' Arpan Shah bin Satu
 
== '''Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)''' ==
Tarikh 6 Ogos setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Peladang oleh Allahyarham Tun Razak. Perayaan Hari Peladang kali pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 bertempat di perkarangan Bangunan Parlimen dengan bertemakan "Perpaduan Peladang – Peladang Penting kepada Kestabilan Negara".
 
== '''Kata-kata Hikmat''' ==
"LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG adalah PAYUNG kepada PELADANG" - Allahyarham Tun Abdul Razak 19 November 1973.
 
== '''Pautan Luar''' ==
 
* [http://www.lpp.gov.my Laman Web Rasmi LPP]