Sri Medan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{tidak disahkan}}
 
'''Sri Medan''' merupakan salah sebuah pekan kecil terletak dalam daerah Batu Pahat, [[Johor]], [[Malaysia]]. Pada masa dahulu, ia adalah sebuah lombong [[bauksit]] yang terkenal di Johor. Sri Medan pada zaman dahulu merupakan sebuah pekan mati kerana ketiadaan jalan penghubung dengan pekan lain. Hal ini kerana pekannya terletak di bahagian tengah dan jauh dari jalan utama yang menghubungkan bandar Batu pahat, pekan Parit Sulong dan pekan Yong Peng. Pekan Sri Medan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Parit Basri Laut, Parit Warijo, Parit Haji Ariff dan Parit Haji Yusof. Parit Warijo dapat menghubungkan beberapa kampung dengan pekan Sri Medan, antaranya seperti Parit Laman, Parit Jayus, Parit Baru, Ayer Putih, dan Sri Sejagong. Jalan Parit Haji Ariff pula dapat menghubungkan pekan Sri Medan dengan beberapa kampung lain seperti Kg. Sri Pasir, Parit Ulong, Sri Dayong, termasuklah Bukit Betaling yang terletak di bahagian hulu. Jalan Parit Haji Yusof pula dapat menghubungkan Bukit Rimau, Parit Lapis Haji Yusof, Sri Ramunia, dan Parit Singgahan. Namun, Sri Ramunia dan Parit Singgahan juga berhubung dengan jalan besar menghala ke Sri Medan. Sri Medan juga pernah menjadi lokasi pengambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang, lakonan M. Nasir dan Tiara Jaquelina. Lokasi tepat untuk pembikinan filem berunsurkan sejarah tersebut adalah di Bukit Inas iaitu sebuah lokasi yang bersempadan dengan pekan Pt. Sulong.
Sebelum ada nama Sri Medan, nama Ramunia terlebih dahulu digunakan sebagai nama utama kawasan ini. Pengasas terawal pekan ini yang dikenal pasti ialah Haji Yusoff bin Sarpin iaitu seorang penghijrah dari MedanPonorogo,Jawa Timur,Indonesia.
Perlombongan bauksit merupakan perusahaan cari gali hasil bumi yang paling awal pernah diusahakan di sini. Syarikat pertama yang menjalankan usaha cari gali dan kemudiaannya mengusahakannya merupakan sebuah syarikat dari Jepun dikenali sebagai Syarikat Nippon Kanji Kaisha pada tahun 1918. Syarikat tersebut terus menjalankan kerja-kerja melombong sehingga tahun 1931 sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat lain dari negara matahari terbit itu. Kini, kawasan perlombongan tersebut dijadikan taman rekreasi.