Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Leecoz Therroit (bincang | sumb.)
Mengosongkan laman
Baris 1:
 
== RISALAH METAFIZIK JALALUDIN RUMI ==
 
Metafizik ialah satu cabang ilmu sains yang mengkaji hakikat kejadian dan mementingkan soal kebatinan dan kerohanian. Dalam artikel ini dibentangkan pendapat dan pandangan Jalaludin Rumi yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis tentang roh, kejadian, evolusi, cinta, kebebasan dan takdir, tawakkal dan jihad, fana dan baqa dan Allah.
 
'''PENDAHULUAN'''
 
Jalaludin Rumi dilahirkan dalam tahun 604 Hijrah (bersamaan 1207 Masihi) dan meninggal dunia dalam tahun 672 Hijrah (bersamaan 1273 Masihi). Beliau berasal dari Persia.
 
Jalaludin Rumi merupakan seorang Sufi dan Penyair yang agung dalam dunia Islam. Hasil karangan beliau yang mahsyur berjudul ‘Mathnawi’. Beliau mengemukakan banyak pendapat yang berharga, mendalam serta luas pengertiannya dalam bidang falsafah dan metafizik (tasauf) Islam.
Segala pendapat yang diutarakan oleh Jalaludin Rumi merupakan pendapat yang ditinjau dari sudut kesufian. Sepertimana ahli-ahli sufi yang lain, Jalaludin Rumi juga meninjau terus ke alam roh dan terus ke alam hakikat. Hakikat bagi segala hakikat ialah Allah Yang Maha Esa. Pada mereka, tidak ada satu benda pun diatas muka bumi ini yang lebih penting melebihi kepentingan Allah dan mereka berusaha sedaya upaya untuk mengenal Allah. Demi untuk mengenal Hakikat Mutlak itu, mereka menempuh satu jalan atau latihan kesufian. Dengan menempuh jalan sedemikian, mereka dapat membersihkan hati atau roh, dan hati inilah yang dapat memandang ke alam ghaib tersebut.
 
Melalui pandangan hati inilah munculnya pendapat atau ilham yang dalam dan luas pengertian dan hikmatnya. Kadang-kadang akal fikiran yang dianggap waras tidak dapat mempercayai segala pendapat dan ilham yang mampu ditembusi oleh hati, kerana hanya dengan fungsi akal fikiran sahaja adalah terbatas dan tidak mampu merasai alam ghaib itu. Oleh yang demikian, banyak pendapat orang-orang Sufi dibantah dan dipersalahkan oleh orang-orang yang tidak dapat menembusi alam mereka itu. Maka dengan hal yang demikian, orang-orang sufi berpendapat, “barangsiapa tidak merasainya tidaklah dapat mengetahui atau mengenalnya.”
 
Rumi menegaskan bahawa, segala pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh beliau adalah bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis semata-mata dan tidak meniru atau mengambil pendapat orang lain. Dari Al-Quran sajalah diterjemahkan segala pandangan dan ilham beliau.
Melalui artikel ini diberi secara ringkas dan sepintas lalu pendapat-pendapat Jalaludin Rumi yang penting dan baik untuk direnungi bersama. Semoga Allah melimpahkan segala taufik dan hidayah-Nya keatas kita.