Amy Ukays: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Uksrecords (bincang | sumb.)
Uksrecords (bincang | sumb.)
Baris 81:
== Metrowealth ==
 
Pada tahun 2000, Amy mendapat tawaran berkhidmat di Metrowealth Movie Production sebagai pembantu pejabat dan penjaga skor. Hanya dengan gaji RM1000 sebulan sahaja. Walaupun begitu, beliau cekalkan hati dan meneruskan pekerjaan tersebut. Mr David Teoh merupakan CEO Metrowealth tidak mengenali siapa Amy pada mulanya, Namun, kakitangan Metrowealth mengenali Amy sebagai ahli bekas kumpulan Uk's dan akhirnya diketahui oleh David Teoh. [[Fail:amyteoh.jpg|thumb|Amy, David Teo bersama rakan-rakan]] Disebabkan itu, David Teoh menguji sejauh mana kehandalan Amy di dalam bidang rakaman studio dan muzik. Ketika itu, beliau ditugaskan menjaga vokal Adzrin dan Fazley bagi lagu tema 'Mendam Berahi'. Tugas tersebut sepatutnya dikendalikan oleh Yassin bekas penyanyi nasyid Brothers, namun beliau tidak menghadirkan kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari situ Amy mula mengorak langkah dan diberi kepercayaan oleh David Teoh untuk menguruskan tugas-tugas rakaman muzik dan studio.
Setelah terbukti kemampuan Amy, beliau dinaikkan pangkat sebagai Artist & Repertoire Manager. Beliau juga diberi gelaran 'Anak Emas' David Teoh. Semasa menjadi A&R Manager beliau menjaga banyak artis di bawahnya seperti Waheeda, Giegel, Cico, Maya Karin, Saiful Apek, Erra Fazira dan ramai lagi. Amy menjaga MIG Records dan Metrowealth Movie production. Semasa itu, penjualan album lagu tema mendapat sambutan yang amat mengalakkan dan album senang untuk dijual. Ini terbukti dengan penjualanan soundtrack Mami Jarum The Movie dengan 15,000 unit.
 
Tidak dijangka, ujian kedua bakal ditempuhi oleh Amy. Di mana, Pengarah Muzik bagi filem Mami Jarum iaitu Mendiang Peter Lim telah meninggal dunia. Maka Amy ditugaskan mengubah muzik bagi filem tersebut menggantikan mendiang. Cabaran itu, merupakan sebuah ujian yang terbesar pernah dialami beliau. Di atas kepercayaan DavideDavid Teoh dan Prof Razak Mohaideen, Amy menguatkan semangat dan meneruskan juga.[[Fail:amyline.jpg|thumb|Amy bersama Prof Razak, Latif dan Staff Linecalear]] Tidak disangka percubaan beliau buat kali pertama membuatkan hasil. Hasil kerja beliau amat disukai dan tayangan Filem Mami Jarum mencecah kutipan 3.5 juta sekaligus menaikkan nama Amy sebagai Pereka bunyi dan Pengarah Muzik Filem. Antara filem-filem lain yang telah Amy arahkan adalah Mami jarum junior, Anak Mami, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Jutawan Fakir, dan banyak lagi.
[[Fail:amystudio.jpg|thumb|Keratan akhbar 2011]]
Akhirnya pada tahun 2007, Amy meletakkan jawatan dan meneruskan kerjaya beliau. Selepas itu beliau berkhidmat dengan beberapa syarikat besar iaitu LineClear Motion Pictures, Marina Production, Kru Music Group dan Sri Saheb Sdn Bhd.