Susu ibu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 132:
 
Secara amnya, susu lembu tidak mempunyai kandungan [[vitamin E]], [[zat besi]], atau [[asid lemak]] esential yang mencukupi, ini boleh menyebabkan bayi yang dibekalkan minuman susu lembu akan mudah mendapat penyakit [[anemia]]. Susu lembu juga mempunyai kandungan [[protein]], [[natrium]], dan [[kalium]] yang tinggi yang dapat menyebabkan peningkatan nilai bebenan kepada [[ginjal]] bayi yang seterusnya dapat menyebabkan kegagalan dan kerosakan ginjal bayi. Perlu diketahui bahawa bayi manusia sebenarnya merupakan spesies bayi yang lemah berbanding dengan bayi keluaran haiwan mamalia, sitem pertahanan dan kematangan bayi manusia adalah terlalu lambat untuk mencapai tahap kematangan yang optima pada tempoh masa yang singkat. Tambahan itu, protein dan lemak dalam susu lembu sukar untuk dicerna oleh sistem intertestinal bayi manusia dan ia sukar untuk diseram kedalam pembuluh dan kapilari darah, berbeza dengan susu ibu, ianya lebih kurang kandungan protein dan lemak dan teksturnya yang lebih halus dan lembut serta mudah diserap.<ref>MedlinePlus Medical Encyclopedia: [http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002448.htm Cow's milk for infants and children]</ref> [[Susu sejat]] mungkin mudah untuk dicerna berikutan kaedah pemprosesan proteinnya, namun kandungan nutriennya masih lagi kurang mencukupi bagi bayi. Kesan ketara yang mungkin selalu dirasai oleh segelintir bayi apabila mengambil sekali atau lebih susu lembu adalah masalah [[alergi susu]]. Lebih ketara masalah ini didiagnosis berpunca kepada protein susu lembu itu sendiri.<ref>"Some patients with lactose intolerance may believe they are allergic to milk or milk products. A milk allergy, however, is related to the proteins in milk rather than the lactose." [http://www.nichd.nih.gov/publications/pubs/upload/NICHD_MM_Lactose_FS.pdf Lactose Intolerance], National Institute of Child Health and Human Development (NICHD)</ref> Masalh ini masih lagi berterusan sehingga hari ini walaupun bayi diberi minum susu formula, kerana rata-rata susu formula yang dibuat khas bagi bayi atau kanak-kanak masih menggunakan sumber asasnya dari susu lembu. Pemilihan susu lembu sebagai bahan asas oleh para pengeluar dan penghasil susu formula kerana susu lembu dilihat sumber susu yang murah berbanding susu keluaran kambing dan lain-lain selain penghasilan susu lembu adalah banyak dan mudah diperolehi kerana ternakan industri lebih memberi fokus pengeluaran susu dari lembu berbanding haiwan dan tumbuhan-tumbuhan yang lain.
 
==Rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan==
Jika diabaikan dahulu, risiko pemindahan sebatian atau unsur berbahaya seperti jangkitan penyakit akibat [[kuman]] atau [[bakteria]] dari ibu kepada anak melalui aktiviti penyusuan menggunakan susu ibu, telah terbukti secara azali malah kaedah klinikal dan saintifik, susu ibu mempunyai berganda-ganda kebaikan berbanding [[susu formula]] untuk bayi. Dengan hanya beberapa seba tertentu yang mungkin tidak dibenarkan penyusuan susu ibu kepada anak, namun WHO secara ekslusifnya amat menyarankan anak-anak kecil (bayi) untuk menyusu dengan susu ibu bermula awal kelahiran hingga umurnya menjangkau usia 6 bulan.<ref name="WHO">{{cite conference
| author=Secretariat, World Health Organization
| title = Infant and Young Child Nutrition: Global strategy for infant and young child feeding
| publisher = World Health Organization
| date= 24 November 2001
| url = http://www.who.int/gb/ebwha/pdf_files/EB109/eeb10912.pdf
| format=PDF
| id = WHO Executive Board 109th Session provisional agenda item 3.8 (EB109/12)
| accessdate = }}</ref>
 
Namun mungkin terdapat beberapa perkara kecil yang terjadi lebih-lebih pada alaf moden ini yang memperlihatkan situasi rentasan masuk sebatian yang tidak diperlukan misalnya; Susu yang dihasilkan oleh sel-sel kelenjar mammari mungkin mudah dimasuki [[dadah]] ketika minggu [[post-partum]] pertama.<ref name=breastfeedingbasics>[http://www.breastfeedingbasics.org/cgi-bin/deliver.cgi/content/Drugs/pre_pass.html breastfeedingbasics.org - a site for parents developed by pediatricians --> Breastfeeding & Drugs: Does the medication pass into the breast milk?] Retrieved on June 19, 2009</ref>
 
Karekteristik dadah dari ubat-ubatan yang diambil oleh ibu pasca mengandung atas sebab-sebab klinikal oleh doktor dapat meningkatkan pengeluaran susu termasuklah:<ref name=breastfeedingbasics/>
#Tidak [[bergabung dengan protein plasma]]
#Tidak ber-ion
#Berat molekul rendah
#[[Lipid terlarut]] berbanding keterlarutan air
#Lemah alkalinya berbanding asid lemah
 
Dadah yang diambil akan masuk kedalam plasma darah melalui sel-sel duktul kepada susu melalui kaedah [[resapan]] atau [[pengangkutan aktif]]. Kesannya mungkin kosentrasi/ kepekatan dadah dalam susu adalah tinggi berbanding plasma darah si ibu.<ref name=breastfeedingbasics/>
 
Jumlah dadah dalam susu ibu biasany tidak melebihi 2% dari dos yang terserap.<ref name=breastfeedingbasics/>
 
===Bahan pencemar alam sekitar===
[[Bahan pencemar alam sekitar]] yang pernah ditemukan dalam susu ibu biasanya tidak membahayakan, dan ia akan berlaku hanya apabila aras bahan pencemaran dalam persekitaran itu ternyata tinggi dan luar biasa tinggi kepekatannya. Tambahan, jika bahan pencemar itu berkurangan dalam keadaan persekitaran, biasanya aras bahan pencemar dalam susu ibu juga akan turut berkurangan. Bahan pencemar yang dikesan biasanya [[pestiside]] yang hadir akibat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi racun serangga pada kadar yang tinggi. [[raksa organik]], dan [[plumbum]]. [[DDT]] dan [[dieldrin]] bisanya tidak dapat dielakkan, malahan boleh ditemukan dalam [[susu formula]] bayi.<ref name=kidsgrowth>[http://www.kidsgrowth.com/resources/articledetail.cfm?id=471 kidsgrowth.org --> Drntougs and Other Substances in Breast Milk] Retrieved on June 19, 2009</ref> Pestiside dan lain-lain sebatian bertoksid [[bioakumulasi]], i.e. haiwan yang biasanya ditemukan dalam [[rantai makanan]] akan menyimpan bahan bertoksid itu dalam [[lemak badannya]]. Isu ini sering dikaitkan dengan [[Inuit]], kerana [[diet Inuit|diet tradisionalnya]] rata-rata berasaskan daging. Kajian yang dijalankan untuk melihat kesan [[polychlorinated biphenyls]] dan [[bahan pencemar organik perintang]] dalam badan; menemukan sebatian toksid dalam susunya adalah luar biasa tingginya.<ref>''Silent Snow: The Slow Poisoning of the Arctic'' by Marla Cone, Grove Press.</ref>
 
== Lihat juga ==