Revisionisme sejarah (negasisme): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
 
Pada masa ini, terdapat kelompok benci yang mengamalkan negasisme menerusi [[Internet]]. Dalam bidang [[sastera]] pula, kesan revisionisme sejarah biasanya diperihalkan dalam [[novel]] [[fiksyen sains]] seperti ''[[Nineteen Eighty-Four]]'' (1949) yang ditulis oleh [[George Orwell]]. Sesetengah negara telah menjenayahkan pengubahan negasisme terhadap sesetengah peristiwa sejarah.
 
==Teknik revisionis berniat politik==
Mereka yang bukan [[ahli sejarah]] kekadang menghadapi masalah untuk membezakan buku sejarah yang diterbitkan oleh ahli sejarah ilmiah yang membuat ulasan sebaya daripada buku laris yang ditulis oleh "penulis sejarah amatur"; justeru, sehingga David Irving didapati bersalah dalam saman mengfitnah Deborah Lipstadt kerana "memalsukan sejarah", orang awam tidak sedar bahawa buku-bukaunya adalah di luar daftar karya sejarah yang boleh diterima.<ref>Falsifier:
*Jon Silverman [http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/4449212.stm How 'Holocaust denier' fought and lost] on the [[BBC]] web-site 18 November 2005
*[[Malte Herwig]] "[http://service.spiegel.de/cache/international/spiegel/0,1518,395810,00.html The Swastika Wielding Provocateur]" in ''[[Der Spiegel]]'' 16 January 2006</ref> Perbezaan antara jenis-jenis buku sejarah bersandarkan teknik penyelidikan yang digunakan untuk menulis sejarah sebegitu; ketepatan dan penyemakan adalah penting bagi kesarjanaan sejarah. Sebagaimana dengan mana-mana disiplin saintifik, ahli sejarah menyerahkan kertas kerja mereka untuk ulasan sebaya. Bagaimanapun, daripada berbuat demikian, para revisionis menulis semula sejarah untuk mendukung sesuatu agenda yang biasanya bersifat politik dan menggunakan banyak teknik dan falasi logik bagi memperoleh kesimpulan yang diingini.
 
==Rujukan==