Long Yunus bin Long Sulaiman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Long Yunus bin Long Sulaiman''' dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1775 dan memerintah sehingga tahun 1794<ref>A Rentse, ms 53</ref>.
 
Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke [[Terengganu]]. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perempuan Engku Tanang Wangsa, Yang di-Pertuan Tua Terengganu. Engku Tanang Wangsa adalah pemangku raja Terengganu, kerana adiknya yang bongsu iaitu Sultan Mansur yang juga Yang di-Pertuan Kecil Terengganu masih kanak-kanak. Dengan bantuan mertuanya, Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan yang berpecah dan ditabal sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Kelantan oleh [[Sultan Terengganu]]. Long Gafar yang merupakan putera raja Reman (Hulu Patani) juga banyak membantu Long Yunus. Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap Long Yunus, Long Gafar telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai bermula di Kuala Kemasin hingga ke Bukit Yong di sempadan [[Besut]] dan dianugerahkan gelaran Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri .
 
Long Yunus mempunyai beberapa orang putera iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Ismail, Long Jenal, dan Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan). Apabila baginda mangkat, menantunya Tengku Muhammad dilantikditabal menaiki takhta [[kelantan]] oleh Sultan Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang akhirnya mencetuskan perang saudara dan [[Tengku Muhammad]] dan angkatan Terengganu berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800 dengan bantuan Mandor Mes ketua kaum Cina Pasir Mas.
 
==Lihat juga==