Matriks ketaksamaan pendapatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Ekonomi moden turut menangani isu ini, tetapi lebih menumpukan kepada pengagihan pendapatan merentasi individual dan isi rumah. Teori penting dan polisi berkait termasuk hubungkait dengan ketaksamaan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Rencana ketaksamaan ekonomi membincangan aspek sosial dan polisi pada persoalan pengagihan pendapatan.
 
==DefinasiTakrifan pendapatan==
Kesemua matrik digambarkan di bawah adalah boleh dipakai bagi menilai ketaksamaan pengagihan pelbagai sumber. Tumpuan di sini adalah pada pendapatan sebagai sumber. Oleh kerana terdapat pelbagai bentuk "pendapatan", jenis pendapatan yang dibincangkan perlu digambarkan dengan jelas.
 
Satu bentuk pendapatan adalah jumlah keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang diterima seseorang, dan ia tidak semestinya membabitkan wang atau tunai. Sekiranya petani sara diri di Uganda menanam bijirannya sendiri ia akan dikira sebagai pendapatan. Perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan umum juga dikira. Sering kali perbelanjaan atau penggunaan (yang adalah sama dari segi ekonomi) digunakan bagi mengukur pendapatan. Bank Dunia menggunakan apa yang dikenali sebagai "soal selidik pengukuran piwaian taraf hidup"<ref>Living Standard Measurement Surveys: http://www.worldbank.org/lsms/</ref> bagi mengukur pendapatan. Ini terdiri dari soal selidik dengan lebih 200 soalan. Kaji selidik juga telah disempurnakan di kebanyakan negara membangun.