Kesultanan Riau-Lingga: Perbezaan antara semakan

Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari [[Kesultanan Melaka]], dan kemudian [[Kesultanan Johor|Kesultanan Johor-Riau]]. Pada [[1812]] [[Sultan Mahmud Shah III]] wafat tanpa pewaris. Dalam sengketa yang timbul [[Inggeris]] mendukung putera tertua, [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]], sedangkan [[Belanda]] mendukung adik tirinya, [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah|Tengku Abdul Rahman]]. [[Perjanjian Inggeris-Belanda 1824|Perjanjian Inggeris-Belanda]] pada [[1824]] membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelar [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]].
 
Pada [[7 Oktober]] [[1857]] pemerintah [[Hindia-Belanda]] menurunkan [[Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah|Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah]] dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di [[Singapura]]. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar [[Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah]].
 
Jawatan ([[Yang Dipertuan Muda]]) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan [[Bugis]] disatukan dengan jabatan raja oleh [[Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah|Sultan Abdul Rahman II]] pada [[1899]]. Karena tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul Rahman II meninggalkan [[Pulau Penyengat]] dan hijrah ke [[Singapura]]. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya ''in absentia'' 3 Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.
190

suntingan