Abdul Malik bin Marwan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Khalifah Abdul Malik b.bin Marwan''' dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama [[Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira]]. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Bizantin ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah [[Bani Umayyah]] yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).
 
Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali [[Mushaf Uthman]], dan lain-lain. Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Marwan menggantikan dirinya, menggantikan pencalunan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya [[Marwan b. Abdul Malik]] dilantik menjadi penggantinya.