Slumdog Millionaire: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: az:Xarabalıqdan olan milyonçu (film, 2008); perubahan kosmetik
Baris 22:
'''''Slumdog Millionaire''''' ialah sebuah [[filem]] [[United Kingdom|British]] [[2008]] arahan [[Danny Boyle]], skrip [[Simon Beaufoy]], dan arahan bersama [[Loveleen Tandan]] di India.<ref>[http://www.womenarts.org/reviews/SlumdogMillionaire.htm Interview with Danny Boyle in reference to role of Loveleen Tandan as co-director]</ref> Ia merupakan adapatasi novel ''[[Q & A (novel)|Q & A]]'' (2005) oleh penulis dan diplomat India [[Vikas Swarup]].
 
== Sinopsis ==
Filem ini tentang watak Jamal Malik , seorang remaja 18 tahun yang disoal siasat polis [[Mumbai]] kerana berjaya menjawab kesemua soalan dalam rancangan [[kuiz]] televisyen [[Who Wants to Be a Millionaire?]]. Ramai yang curiga pemuda dari kawasan suram dan miskin di [[Julu]], [[Mumbai]] dapat merebut hadiah 20 juta rupee. Sebahagian penduduk 'Slam' adalah masyarakat Islam iaitu golongan minoriti yang menjadi mangsa fanatik Hindu. Pengancara kuiz sendiri tidak percaya Jamal boleh menjawan kesemua soalan kuiz.
 
Sepuluh soalan dari pengacara (lakonan [[Anil Kapoor]] ) dapat dijawab berdasarkan pengalaman lampau yang sungguh menyayat hati. Kejayaan Jamal menjawab semua soalan itu menyebabkan dia menjadi hero dan jutawan sekelip mata.
 
Imbas kembali Jamal Malik terhadap abangnya Salim Malik dan kekasihnya Latika ketika melarikan diri dari [[Rusuhan Mumbai]] iaitu penganut Islam dikerkah oleh penganut Hindu. Pada usia 5 tahun, Jamal ingin mendapatkan tandatangan daripada aktor terkenal India [[Amitabh Bachchan]]. Mereka berdua melarikan diri setelah ibunya terbunuh dalam Rusuhan Mumbai. Ketika inilah mereka berpisah dengan Latika kerana Salim enggan menyelamatkan Latika. Mereka bagaikan watak dalam filem [[The Three Musketeers.]]
Baris 35:
Jamal tidak dapat menjawab soalan lalu meminta talian hayat dan menghubungi abangnya Salim. Seterusnya memilih jawapan '[[Aramis]]'. Salim Malik mencari Javed Khan dan telah membunuh ketua gangster itu dan Salim sendiri dibunuh oleh pengikut Javed. Malam itu Jamal Malik bertemu semula dengan Latika di stesen kereta api dan mereka menyanyikan lagu 'Jai ho'.
== Ulasan dan kritikan ==
# Filem ini bedasarkan buku [[Q&A]] tulisan [[Vikas Swarup]]. Watak utama sebenarnya ialah Ram Mohamad Thomas , bukan Jamal Malik. Tidak ada watak Father Timothy, seorang paderi yang homoseksual dan mempunyai anak di dalam gereja. Watak Neelima Kumari dihilangkan. Tidak ada watak Salim yang menjadi sahabat baiknya (didalam filem sebagai abangnya), maka hilanglah kisahnya tinggal sebumbung dengan pembunuh upahan. Tiada watak Balwant Singh maknanya tiada kisah peperangan dramatik diantara [[Pakistan]] dan [[India]]. Tiada watak Smita bermakna tiada kisah kepahitan hidup seorang ahli [[astronomi]] yang membuta mabuk mendera anaknya Ghudiya. Watak Nita sebagai [[pelacur]] di dalam buku dijelmakan sebagai [[Latika]]. Tajuk asal ‘Who Want To be a Millionaire?’ ialah ‘Who Will Win a Billion?’.
# Jamal Malik bukanlah sangat hendak menjadi jutawan . Dia menyertai kuiz itu agar Latika menontonnya dan mereka dapat bertemu semula setelah berpisah selama 13 tahun. Jamal maklum bahawa Gameshow tersebut hanyalah satu simbol escapism masyarakat India yang tersepit dalam kemiskinan. Semua penduduk India menontonnya. Jamal berharap sangat agar Latika akan menonton kuiz itu.
# Jamal Malik dapat menjawab semua soalan bukanlah kerana dia remaja genius. Ramai peserta yang intelek tidak dapat menjawab soalan kuiz tetapi remaja dari kawasan gelandangan berjaya menjawabnya dengan penuh yakin.
# [[Shah Rukh Khan]] enggan menjadi pelakon utama filem ini kerana kononnya menghina negara [[India]].
# Kisah tentang hero muslim tetapi banyak babaknya memaparkan tentang arak ,sek, menipu , mencuri dan sebagainya.
# Judul filem ini sangat menghina negara dan budaya masyarakat India. Tajuk filem ini seperti bermaksud 'Anjing Sampah yang menjadi jutawan'. Pada 26 Januari penduduk Bihar merobek-robek psoter filem ini.
# Organisasi Hindu Janjagruti Samiti (HJS) dan [[Shiv Sena]] memprotes filem ini kerana menggunakan patung Rama ditengah-tengah rusuhan anti-Muslim.
# Para pelakon masih lagi hidup gelandangan di kawasan kumuh Mumbai. Antaranya [[Mohammed Azharuddin Ismail]] (yang melakonkan watak Salim Malik sebagai kanak-kanak) telah dibayar £ 1,700. Dia masih lagi tinggal di kumuh haram [[Bandra]]. Begitu juga dengan Rubina Ali yang melakonkan watak Latika. Jumlah bayaran sebenar tidak didedahkan kerana mungkin menjadi sasaran penculik. Kerajaan negeri [[Maharashtra]] berjanji akan memberi rumah baru untuk mereka dan tidak perlu lagi tinggal di kawasan kumum Garib Nagar. Namun dua tahun selepas tayangan filem itu , Rubina Ali masih tinggal di Garib Nagar. Baru-baru ini rumah di kawasan padat itu habis terbakar.<ref>[http://www.voanews.com/indonesian/news/Rumah-Aktris-Slumdog-Millionaire-Habis-Terbakar-di-Mumbai-117463088.html Rumah Aktris Cilik 'Slumdog Millionaire' Habis Terbakar di Mumbai] [[VOA Indonesia]]</ref> Habis semua hanrta benda termasuk foto, piala-piala dan barangan kenangan lain terbakar hangus.
== Rujukan ==
<references/>
Baris 51:
 
[[ar:متشرد مليونير (فيلم)]]
[[az:Xarabalıqdan olan milyonçu (film, 2008)]]
[[az:Zibillik Milyonçusu]]
[[id:Slumdog Millionaire]]
[[bm:Slumdog Millionnaire]]