Majalah 3: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1987 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Sabtu malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang [[alam semulajadi]], [[budaya]], [[isu masyarakat]], [[sains]], [[teknologi]], [[inovasi]], [[otomotif]] dan lain-lain.
 
Tahun-tahun kebelakangan ini, Majalah Tiga dilihat lebih memberi fokus kepada isu berkaitan kesengsaraan masyarakat akibat tragedi [[peperangan]], kesempitan hidup akibat dibelenggu [[kemiskinan]] dan [[bencana alam]]. Sebagai contoh ia memaparkan tentang hak kebebasan dan perjuangan masyarakat dunia bagi masalah penindasan masyarakat [[Palestin]] dan usaha yang dilakukan oleh masyarakat dunia dan negara jiran seperti [[Jordan]], [[Lubnan]] dan [[Syria]]. Ia juga memaparkan tentang budaya dan cara hidup masyarakat di [[China]], [[Thailand]], [[Pakistan]], [[Sudan]] dan lain-lain lagi. Rancangan ini dilihat berkait rapat dengan sebuah rancangan terbitan TV3 yang lain seperti ''Bersamamu''; sebuah program realiti televisyen yang memaparkan kesengsaraan dan kemiskinan tegar serta kesusahan mengharungi hidup akibataakibat beberapa masalah seperti kemiskinan, kurang upaya, dan masalah kesihatan. Serta mengambil langkah membantu melalui sumbangan dan dana umum oleh rakyat dan kerajaan yang prihatin.
 
==Pautan luar==