Wikipedia:Penafian umum: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Membetulkan ejaan dari "mengikhtiraf" kepada "mengiktiraf".
Smim90 (bincang | sumb.)
Menukar lokasi pelayan dari California ke Florida (pindaan)
Baris 31:
Sila pastikan yang anda memahami bahawa maklumat-maklumat di sini disediakan secara bebas dan tanpa ikatan, tiada sebarang perjanjian atau persetujuan di antara anda dengan pemilik tapak web ini dan pengguna-penggunanya, pemilik-pemilik pelayan di mana ia disimpan, para penyumbang individu ''Wikipedia'', pentadbir projek, pengendali sistem, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan ''Wikipedia'' dan projek-projek kecilnya untuk menerima sebarang tuntutan daripada anda. Anda hanya diizinkan lesen terhad untuk membuat salinan sebarang bahan dari tapak web ini; kebenaran ini tidak menjadikan atau bermaksud kontrak atau kontrak penambahan yang akhirnya menjadi liabiliti kepada pihak ''Wikipedia'' atau sebarang agen-agennya, ahli-ahlinya, pengurusannya dan pengguna-pengguna lainnya.
 
Perhatikan maklumat-maklumat yang disediakan di sini berkemungkinan melanggar perundangan sesebuah negara di mana anda sedang membacanya. ''Wikipedia'' tidak menggalakkan pelanggaran undang-undang, namun begitu kerana maklumat-maklumat tersebut disimpan di dalam sebuah pelayan di Californianegeri [[Florida]], [[Amerika Syarikat]], maka ia diuruskan dengan rujukan pada Pindaan Pertama [[Perlembagaan Amerika Syarikat]] (''United States Constitution'') dan [[Hak asasi manusia|Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat]] (''Universal Declaration of Human Rights'') oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perundangan negara anda berkemungkinan tidak mengiktiraf hak kebebasan bersuara sepertimana oleh perundangan di negara [[Amerika Syarikat]] dan [[PBB]], dan sepertinya, maka ''Wikipedia'' tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perlanggaran undang-undang negara anda, seandainya anda menghubungkan domain ini atau menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya dengan apa cara sekalipun.
 
:'''Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan, dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.''' Baca [[Wikipedia:Penafian risiko|Penafian risiko (''Risk disclaimer'')]], [[Wikipedia:Penafian perubatan|Penafian perubatan (''Medical disclaimer'')]], dan [[Wikipedia:Penafian perundangan|Penafian perundangan (''Legal disclaimer'')]] untuk penafian lain yang lebih khusus.