Malayan People's Anti-Japanese Army: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Malayan People's Anti-Japanese Army''' (terjemahan: '''Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu''') atau singkatannya '''MPAJA''' ialah satu pertubuhan [[Parti Komunis Malaya]] (PKM) atau juga dipanggil '''Bintang Tiga''' telah memerintah [[Tanah Melayu]] selama empat belas hari pada tahun [[1945]]. Ramai orang keturunan [[Cina]] menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap [[Jepun]] yang telah menakluki negara [[China]] pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada [[16 Ogos]] [[1945]] sehinggalah tarikh kepulangan tentera [[British]] kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.
 
 
== Kerjasama dengan British ==
 
Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. Parti Komunis Malaya berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri. Mereka tidak membebaskan parti politik berhaluan kanan.