Bugis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chobot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot mengubah: ko:부기스인
Baris 33:
 
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di [[Tanah Melayu]]. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam [[politik]] dan perbalahan negeri-negeri [[Melayu]] ketika itu, terutama sekali negeri [[Johor]]. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri [[Johor Riau Lingga]] ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di [[Tanah Melayu]]. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai [[Sultan]] [[Selangor]] pertama.
 
==Bugis di Malaysia Masa Kini==
 
Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di '''Sulawasi selatan''' walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut saerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.
 
Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah '''tulang belakang''' kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.
 
== Bahasa Bugis ==