Perbezaan antara semakan "Institut Pendidikan Guru Malaysia"

tiada ringkasan suntingan
k (Membalikkan suntingan oleh 202.75.62.14 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Mrzackhangrove)
'''Institut Pendidikan Guru''' merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal [[guru]] sekolah rendah dan menengah. Di [[Malaysia]], semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. <ref> [http://oll.moe.gov.my/2007/psosial| Laman Web OLL Kementerian Pelajaran Malaysia]</ref> Institut Pendidikan Guru ini bakal mempunyai kampus induk seperti [[UiTM]] yang kini masih lagi dalam proses pembinaan. <ref>[http://www.moe.gov.my| Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia]</ref>
 
==Pengenalan==
Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal - bakal guru. Bakal - bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan beberapa temuduga dan ujian.Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Pendidikan Pelajaran.
==Sejarah==
Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;
538

suntingan