Masjid Tanah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Namanya mendapat nama sempena sebuah masjid berlokasi di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda didalam Daerah Alor Gajah dan dekat dengan sempadan Negri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negri sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun dengan perederan zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Tradisi 'Berkampung' yg merapatkan silaturrahim antara saudara2 yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk berkerja secara gotong royong sebelum sesuatu mjlis yg besar eg perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan yg muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah2 pusaka pun tidak lagi diwariskan secara adat dimana anal2 perempuan diutamakan.
 
Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak2 Masjid Tanah yang asli, Pekan Masjid Tanah dipanggil ''''SIMPANG'''' merujuk kepada pekan asalnya yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sek. Men. kebangsaan Hang Kasturi, Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek.Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School.
 
Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok Bumi Malaysia, berhampiran Masjid tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando). Dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di Pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.