Universiti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot mengubah: ko:대학
Stress 043 (bincang | sumb.)
Baris 9:
[[Fail:Oxfordceremony.jpg|200px|thumb|right|Majlis [[konvokesyen]] di [[Universiti Oxford]].]]
 
Berkenaan dengan definasi yang disebut, terdapat pertikaian mengenai soalan universiti yang mana adalah yang tertua. [[Universiti Takshashila]]<ref>Hartmut Scharfe(2002). ''Education in Ancient India''. Brill Academic Publishers. ISBN 90-04-12556-6.</ref> mungkin merupakan universiti tertua yang pernah tercatat dalam sejarah. Perkataan bahasa Latin asal ''universitas'' yang julung kali digunakan sewaktu kebangkitan minat terhadap tradisi [[Yunani Purba|Greek]] dan [[Rom Purba]], cuba mencerminkan ciri-ciri Akademi [[Plato]] ini. Jika kita menganggap universiti itu sebagai institusi pendidikan tinggi semata-mata, maka [[Shang Hsiang]]lah yang menjadi universiti tertua, yang ditubuhkan sebelum abad ke-21 SM di [[China]] menurut [[mitos Cina|legenda]]. Kemudian [[Taixue]] dan [[Guozijian]] berfungsi sebagai penubuhan pendidikan tahap tertinggi sementara ''[[Academies (Shuyuan)|academies]]'' menjadi amat laris sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang mengajar ajaran [[Confucius]] dan [[kesusasteraan Cina]] antara yang lain. Pilihan bagi universiti tertua biasanya di antara [[Universiti Constantinople]], [[Universiti Al -Karaouine]] atau [[Universiti Al-Azhar]]. Universiti Nalanda yang ditubuhkan di [[Bihar]], [[India]] sekitar [[abad ke-5 SM]] mengurniakan gelaran ijazah akademik kepada graduannya, serta juga menawarkan kursus [[pasca siswazah]]. Sebuah lagi universiti India yang sisa-sisanya ditemui baru-baru ini ialah Universiti Ratnagiri di [[Orissa]]. Universiti Al-Azhar yang ditubuhkan di [[Kaherah]], [[Mesir]] pada [[abad ke-10]], menawarkan beraneka ijazah pasca siswazah, dan sering dianggap sebagai universiti berfungsi penuh yang pertama. [[Universiti Constantinople]] yang ditubuhkan pada tahun 849 oleh Bardas, Pemangku Maharaja Michail III, secara amnya dianggap sebagai institusi pendidikan tinggi pertama dengan ciri-ciri yang kita kaitkan dengan universiti zaman sekarang (kajian dan perguruan, pentadbiran sendiri, kebebasan akademik dan sebagainya). Buku[[Rekod Dunia Guinness]] mengiktiraf [[University Al Karaouine]] di [[Fez, Maghribi]] sebagai universiti tertua di dunia yang ditubuhkan pada tahun [[859]].<ref>''The Guinness Book Of Records'', 1998, p. 242, ISBN 0-553-57895-2</ref>
 
=== Institusi awal ===