E-usrah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
kemas
Syedfaizz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Apabila usrah digabungkan dengan E iaitu elektronik maka boleh diberi maksud sistem didikan Islami yang menggunakan aplikasi elektronik untuk menyokong proses belajar dan mengajar dengan media [[Internet]] dan aplikasi teknolgi sebagai medium didikan tersebut.
 
{{tunas}}Bercerita tentang usrah bukan cerita biasa-biasa tetapi cerita-cerita luar biasa kerana kaitannya yang panjang dengan sejarah penyebaran Islam itu sendiri. Tulisan ringkas ini merupakan pengenalan usrah dan e-usrah kepada rakan-rakan yang mengikut rapat institusi E-usrah yang sedang dibangunkan.Jika kita tidak pernah ikut usrahpun pasti pernah dengar kalimah usrah melintas di telinga kita.
{{tunas}}
Usrah umumnya daripada kalimah Arab yang bermaksud keluarga tetapi secara khususnya usrah sinonim dengan kumpulan atau individu mukmin yang saling berusaha dan tolong- menolong untuk memahami dan menghayati Islam.Hal ini dapat dihayati melalui firman Allah s.w.t:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوا عَلَى اْلإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
2.….dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).( Surah al-Maaidah 5:2)
Usrah pastinya bukan majlis ilmu semata-mata tetapi majlis mendidik diri dan membentuk diri menjadi individu muslim yang sempurna daripada pelbagai aspek. Majlis usrah dipandu oleh naqib/naqibah iaitu mentor atau pembimbing dengan silibus tertentu dan disusuli dengan program-program tambahan iaitu ziarah ukhwah, latihan.Usrah juga bukanlah program semata-mata tapi mempunyai nilai tersendiri kerana jalinan ukhwah yang terbina sehingga digambarkan majlis usrah seolah-olah hanya bermula selepas tasbih kaffarah dan ditutup dengan surah al-Fatihah yang menggambarkan roh usrah berpanjangan merangkumi kehidupan itu sendiri.
Apabila usrah digabungkan dengan abjad E maka E-usrah boleh diberi maksud sistem didikan Islami yang menggunakan aplikasi elektronik untuk menyokong proses belajar dan mengajar dengan media internet dan aplikasi teknologi sebagai medium didikan tersebut.Justeru, E-usrah akan menggunakan segala aplikasi teknologi yang ada untuk menjalankan siri-siri usrah dan disusuli dengan program-program lanjutan sebagai contoh mengikuti usrah mingguan seminggu sekali pada setiap hari Rabu jam 9 malam hingga 10 malam,diikuti kuliah umum dua minggu sekali,penyelarasan usrah online dua minggu sekali,kuliah perdana yang disampaikan oleh tokoh-tokoh sebulan sekali, beserta menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, program tambahan bagi e-Usrah antaranya ialah pertemuan semua ahli E-usrah di suatu tempat di Kuala Lumpur setelah tamat silibus pengajian.Pertemuan itu boleh bersifat kursus lanjutan,berukhwah,dan majlis ilmu yang akan disampaikan oleh tokoh-tokoh yang diundang sebagai penyampai dalam siri-siri E-usrah.Malah E-Usrah boleh sahaja disambung bukan sekadar tempat didikan online untuk membentuk peribadi muslim tetapi juga harus berfikir untuk membentuk keluarga muslim.
Antara aplikasi pilihan yang dijangka digabungjalinkan untuk digunakan bagi menjayakan E-Usrah ialah :
http://www.ustream.tv/,
http://messenger.yahoo.com/download/,
http://www.jomsocial.com/,
http://www.gotomeeting.com/fec/webinar,
http://www.teamviewer.com/en/products/benefits.aspx
http://moodle.org/
http://www.authorstream.com/
Dalam sederas usaha yang cuba dijalankan pasti cabaran-cabaran akan muncul apabila berhubung dengan teknologi sebagai contoh kurangnya aktiviti bersifat keinsanan yang menyebabkan cepat bosan, talian internet yang perlahan, dan pelbagai lagi cabaran tetapi paling penting usaha mendidik dan membangun insan wajib selangkah ke hadapan.Bayangkan kejahatan lebih gigih,maju,rajin,mesra,komited,dan terkehadapan maka kenapa pasukan kebaikan merangkak-rangkak malu mencuba.Kita doakan satu hari nanti usaha melalui E-usrah ini dapat disambung,dibangunkan, dan diperkemaskan untuk generasi masa depan yang pasti dahagakan kebaikan dalam hidup mereka di lautan teknologi.
 
[[Kategori:Islam]]