Buka menu utama

Perubahan

44 bait ditambah ,  8 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{Kemas-kasih}}
 
'''Protestan''' merupakan satu cabang [[Kristian]] yang berpecah daripada Gereja Roman [[Katolik Rom|Katolik]] yang semakin cenderung kepada keduniaan dalam satu siri gerakan yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah yang dikenali sebagai gerakan [[Reformasi]]. Anggaran terkini menganggar jumlah umat Protestan di seluruh dunia telah mencecah 800 juta orang. Nama agama ini berasal dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "[[Diet of Speyer]]" 1529 untuk menarikbalik keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "[[Edict of Worms]]" 1521.
 
Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka masing-masing berdasarkan prinsip ''[[Cuius regio, eius religio]]'' atau "Siapa yang memerintah, itulah agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik.
Pengguna awanama