Kementerian Pertahanan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SassoBot (bincang | sumb.)
Baris 11:
Beberapa tahun kemudian, bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur bagi menempatkan pejabat-pejabat panglima dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan yang dibina dengan kos RM122,000 itu dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada [[18 Mac]] [[1960]].
 
Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan pembesaran angkatan tentera ke arah menguasai tanggungjawab keselamatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan AngggotaAnggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, [[Tunku Abdul Rahman]] pada [[6 April]] [[1967]].
 
Ekoran keputusan Kerajaan [[British]] mengundurkan bala tenteranya dari rantau ini selepas [[1970]], Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk menyusun segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi tujuan pembesarannya. Oleh itu, kerajaan membina sebuah bangunan baru yang boleh menampung kesemua agensi Kementerian Pertahanan di bawahnya. Bangunan baru Kementerian Pertahanan sekarang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, telah di bina dengan harga RM144 juta. Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada awal tahun [[1982]] disiapkan pada pertengahan tahun [[1985]]. Bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma Pertahanan" menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik mesyuarat. Kawasan persekitarannya yang dikenali sebagai "Kompleks Wisma Pertahanan" turut menyediakan beberapa kemudahan seperti [[auditorium]], [[surau]], Medan Pertahanan (Padang Kawat), balai pengawal, menara, [[bilik komputer]], [[landas helikopter]], [[kafeteria]], bangunan tempat letak kereta bertingkat, dan lain-lain.