Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
→‎Lebih kuasa: Kemaskini maklumat
Baris 28:
===Lebih kuasa===
Pada 6 Oktober 2009, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 akan dipinda supaya dapat memberi lebih kuasa kepada DBP untuk menangani penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan masyarakat Malaysia. Kuasa itu bukan untuk menghukum sebaliknya lebih kepada memberi pendidikan.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm "Pindaan Akta Dewan Bahasa", Utusan Online, 6 Oktober 2009.]</ref>
 
Pada 8 Mei 2011, para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz, peraturan tersebut telah dilaksanakan sejak tahun lalu di bawah undang-undang kecil iklan PBT.
 
Menurut bidang kuasa yang diberikan, DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah pihak yang membuat permohonan iklan boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.<ref>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm Rujuk DBP sebelum pohon lesen iklan</ref>
 
Mana-mana pihak yang membelakangi peraturan ini jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.<ref>http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/443-berita/9728-rujuk-dbp-sebelum-pohon-lesen-iklan.html Rujuk DBP Sebelum Pohon Lesen Iklan</ref>
 
Dalam pada itu, Datuk Termuzi turut mengujari bahawa telah ramai pengiklan memohon iklan, dan mulai tahun 2011, akses perkhidmatan pengiklanan ke PBT turut dipaparkan di laman portal DBP.<ref>http://www.bharian.com.my/articles/PengiklanperlurujukDBPsebelummohonlesenPBT/Article/ Pengiklan perlu rujuk DBP sebelum mohon lesen PBT</ref>
 
Di [[Malaysia]], penggunaan bahasa asing khususnya [[bahasa Inggeris]] dalam pengiklanan dilihat lebih diutamakan berbanding penggunaan [[bahasa Melayu]] sebagai medium bahasa pengiklanan utama di negara tersebut. Walaupun undang-undang telah ada namun penguatkuasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang utama seperti pendidikan, perniagaan, pengiklanan dan komunikasi masih banyak tidak diendahkan dan kurang diutamakan berbanding penggunaan bahasa Inggeris.<ref>http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1200 Rugikah Perniagaan Jika Menggunakan Bahasa Kebangsaan?</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[MABBIM]]