Bandar Penawar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 14:
Sehingga kini, antara kemudahan-kemudahan awam yang telah disediakan di Bandar Penawar adalah seperti [[masjid]], [[surau]], dewan serbaguna, [[balai raya]], kompleks sukan, perhentian [[bas]] dan [[teksi]], [[sekolah]], [[balai bomba]], [[balai polis]], pejabat pos, klinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam.
 
Satu lagi kemudahan sosial yang telah siap dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh [[Perpustakaan Awam Negeri Johor]] pada [[28 Mac]] [[2005]] dan mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu.
 
Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. [[Taman Tasik Penawar]] yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.
 
 
Bandar ini mempunyai sekolah yang terkenal iaitu [http://www.smkabpenawar.bpi.edu.my Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar], [http://www.sakti.edu.my Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi], Sekolah Sukan Bandar Penawar (sekarang Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), dan [[Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar]].
 
==Jaringan Pengangkutan==