Jenayah siber: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 877787 oleh 118.101.199.124 (Perbincangan)
Baris 8:
Keupayaan Internet sebagai [[alat komunikasi]] jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. [[Percetakan]], [[telefon]] dan [[televisyen]] telah berzaman memainkan alat yang penting dalam [[media]] untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti [[Internet]]. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan [[negara]] mempunyai peruntukan [[undang-undang]] yang mengawal [[percetakan]] dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan [[undang-undang]] yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, [[Akta Hasutan 1948]], [[Akta Rahsia Rasmi 1972]] membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
 
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran [[buku]], [[makalahmajalah]] dan [[surat khabar]] memerlukan kos, tenaga manusia, [[infrastruktur]] jalan dan kemudahan [[kenderaan]]. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.
 
Perbezaan antara [[Internet]] dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.