Nikola Tesla: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sylarius (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sylarius (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
Pada tahun 1886, Tesla telah menubuhkan syarikatnya sendiri, di atas nama ''Tesla Electric Light & Manufacturing''. Para pelabur syarikat pada mula enggan bersetuju dengan idea Tesla mengenai motor arus ulang-aliknya sehingga akhirnya membuatkan Tesla melepaskan tanggungjawabnya pada syarikatnya sendiri. Tesla terpaksa memburuh di kota New York sebagai menyara hidupnya disamping mengumpulkan dana untuk projek beliau yang seterusnya. Pada 1887, beliau membina model terawal [[motor aruhan]] tanpa berus dan melakukan demonstrasinya di hadapan ''American Institute of Electrical Engineers'' (sekarang dikenali sebagai [[IEEE]]). Pada tahun 1888, beliau telah membangunkan kajian mengenai prinsip [[Lingkaran Tesla]] dan mula bekerja dengan [[George Westinghouse]] di Syarikat Pembuatan Barangan Elektrik Westinghouse di makmal di [[Pittsburgh]]. Westinghouse menerima idea Tesla mengenai sistem polifasa, di mana ia membolehkan penghantaran elektrik menggunakan arus ulang-alik pada jarak yang jauh.
 
Pada bulan April 1887, Tesla memulakan kajian mengenai tentang apa yang dikenali kini sebagai [[sinar-X]] dengan menggunakan [[tiub vakum]] terminal tunggal rekaan beliau sendiri. Alatan ini berbeza dengan tiub [[sinar-X]] awal kerana ianya tanpa elektrod sasaran. Fenomena yang terhasil daripada penggunaan alatan ini dikenali dengan istilah moden sebagai ''bremsstrahlung'' atau sinaran membrek. Pada masa kini, umum telah mengetahui bahawa alat ini beroperasi dengan memancarkan [[elektron]] dari [[elektrod]] tunggal melalui kombinasi di antara [[pancaran medan elektron]] dan [[pancaran termion]]. Apabila dibebaskan, elektron ditolak dengan daya yang kuat oleh medan elektrik berkuasa tinggi berhampiran elektrod semasa kemuncak voltan negatif yang dihasilkan akibat ayunan HV pada keluaran [[lingkaran Tesla]], mewujudkan sinaran-X apabila ia bertembung pada permukaan kaca. Beliau juga pernah menggunakan tiub [[Geissler]]. Menjelang 1892, Tesla telah menyedari akan kesannya terhadap kerosakan kulit yang kemudiannya dikenal pasti oleh [[Wilhelm Röntgen]] sebagai [[kesan sinar-x]].
 
Semasa kajian awal beliau dijalankan, Tesla membuat beberapa tetapan berkenaan eksperimen untuk menghasilkan sinar-x. Dalam kenyataannya berdasarkan eksperimen menggunakan hasil reka bentuk beliau, beliau menyatakan, "instrumen ini (membolehkan seseorang itu untuk) menjanakan sinar Röntgen yang lebih berkuasa berbanding dengan apa yang selalu diperoleh dengan alatan biasa,"<ref>N. Tesla, [http://www.tfcbooks.com/tesla/1898-11-17.htm HIGH FREQUENCY OSCILLATORS FOR ELECTRO-THERAPEUTIC AND OTHER PURPOSES.] ''[http://books.google.com/books?vid=0ulmMIkNisnAACpaud&id=bUo7vYNkbKQC Proceedings of the American Electro-Therapeutic Association]'', American Electro-Therapeutic Association. Page&nbsp;25.</ref>
 
Beliau juga mengulas mengenai bahaya yang terhasil dari eksperimen beliau. Berdasarkan dari nota-nota eksperimen, beliau telah menerima kesan kerosakan terhadap kulit beliau sendiri di mana kesan tersebut beliau mendakwa terhasil daripada tindak balas [[ozon]] yang terhasil disamping kesan kecil daripada asid nitrus. Tesla telah tersilap dalam mengenalpasti sinar-x sebagai [[gelombang longitudinal]] sebagaimana gelombang yang dihasilkan di dalam [[plasma]]. Gelombang plasma boleh berlaku di dalam keadaan [[medan magnet]] yang bebas-daya.<ref>Griffiths, David J. ''Introduction to Electrodynamics'', ISBN 0-13-805326-X and Jackson, John D. ''Classical Electrodynamics'', ISBN 0-471-30932-X.</ref><ref>{{cite book |title=Transactions of the American Electro-therapeutic Association |last=Anonymous |year=1899 |isbn= |page=16 |url=http://books.google.com/?id=bUo7vYNkbKQC |accessdate=25 November 2010}}</ref> Segala hipotesis dan hasil eksperimen beliau telah disahkan oleh ahli-ahli sains yang terkemudian selepas beliau.<ref>{{cite book |title=Medical record |last1=Shrady |first1=George Frederick |last2=Stedman |first2=Thomas Lathrop |year=1897 |isbn= |page=287 |url=http://books.google.com/?id=Jx4CAAAAYAAJ&vq=tesla |accessdate=25 November 2010}}</ref>
 
== Lihat juga ==