Freemason: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 203.82.95.13 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Luckas-bot
Baris 19:
 
=== Kesatria Templar ===
Freemason juga dikaitkan dengan ahli [[Kesatria Templar]] (''Knight's Templar''). Mengikut legenda, pada [[abad ke-11]] semasa peperangan salib, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun berupa buku-buku sihir purba yahudi yang telas dirampas, di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (sila lihat dokumentari "The Arrival") (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa). Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja [[Perancis]] [[Philip IV dari Perancis|Philip IV]]. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada [[abad ke-17]] di bawah nama Freemason.
 
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya ''Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry'', berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di [[Constantinople]]. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada [[Gereja Ortodoks Timur]]) bersaing dengan [[Gereja Katolik Rom]]. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam [[bahasa Perancis]] dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. <ref>[http://books.google.com.my/books?id=gmTV5RBlWyUC&pg=RA2-PA257&dq=%22+rebuilding+of+the+Temple%22+freemasons&lr=&sig=ACfU3U1ZRhA3NvUtae0OONOvIY3uatVEDQ#PRA2-PA257,M1 Book=Liturgies of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Freemasonry ]</ref>