Muzik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
West2East (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Yoyo69 (bincang | sumb.)
Baris 10:
muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. dimana ianya boleh dimainkan degan beberapa gabungan alatan muzik.
 
== Sejarah muzikMuzik ==
 
Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000 hingga 100,000 tahun dahulu.
Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar. Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai imaginasi dan spiritual. Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah, sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.
 
Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak, memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti sekolah & TV manusia di zaman modern. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula meniup ke rongga mengeluarkan bunyi. Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut & gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant, hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-irama purba.
 
Apa bila manusia mula terfikir haiwan seperti lembu, kambing dan ayam boleh diternak juga bijirin gandum dan padi boleh ditanam untuk hasil tuaian, mereka mula tinggal di satu penempatan atau kampung purba. Ini berlaku sekitar 10,000 tahun dahulu. Sistem perniagaan barter bermula apa bila mereka berhimpun ditempat bertukar-tukar barang keperluan di pasar purba. Seorang nelayan yang kerjanya menangkap ikan dilaut, sungai atau tasik boleh menukarkan hasil tangkapan ikan-ikan dengan bijirin gandum yang ditanam & dituai oleh petani. Di pasar purba ini juga ada pedagang barter bermain muzik menghibur orang ramai. Dari pasar purba ini lah ekonomi mula menjana tempat itu menjadi bandar kecil apa bila lebih ramai orang datang keperjumpaan pasar purba. Pasar purba menjadi nadi pembangunan ekonomi penempatan-penempatan purba. Kemudian pasar purba menjadi pusat bandar. Bangunan-bangunan kedai purba didirikan mengganti gerai jualan. Jalan utama disepanjang pasar purba menjadi jalan utama dibandar purba yang semakin pesat membangun. Akhirnya menjadi pusat ketamadunan awal manusia. Seni & budaya mula berkembang.
 
*[http://rockofplanetearth.blogspot.com/ Muzik Dan Sejarah]
 
 
[[Kategori:Muzik| ]]