Perbezaan antara semakan "Pasar malam"

85 bait ditambah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Pasar malam''' merupakan konsep [[pasar]] atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu [[malam]]. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di [[Malaysia]], [[Singapura]] dan [[Indonesia]] yang biasanya berada di kawasan perumahan.<ref>http://www.malaysiasite.nl/pasarmalam.htm</ref>
 
Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, daging-dagingan, buah-buahan. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan padasetiap hari berlainan sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.
 
Di Maalaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada [[Majlis Perbandaran (Malaysia)]].
 
 
Pengguna awanama