Perbezaan antara semakan "Ayat pengasih"

587 bait ditambah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
==== Iktikad Yang Betul ====
YAKIN bahawa setiap yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Ini merupakan perkara terpenting sebelum anda mengamalkan ayat pengasih. Anda mestilah meyakini bahawa setiap perkara yang terhasil selepas mengamalkannya adalah kerana kekuasaanNya. Bukan kehebatan atau keampuhan ayat pengasih, meskipun ia adalah petikan dari al Quran. Ayat tersebut tidak mempunyai apa-apa seperti kuasa, ia hanyalah “makhluk” seperti anda. Jika gagal memahami konsep ini dengan teliti, berkemungkinan akidah boleh tergugat. Cuma usaha anda untuk berdoa dengan ayat pengasih ini sahaja membuatkan Allah memakbulkan doa anda, atas kehendakNya.
 
Amalan ayat pengasih disertakan dengan keyakinan ianya adalah kehendak Allah yang menentukan segalanya akan memberikan hasil yang baik dan diredhai Allah, umpama anda sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan mengamalkan bacaan ayat tersebut dengan harapan Allah akan memakbulkan doa anda.
 
Ayat yang diamalkan juga perlu diketahui maksudnya dalam bahasa sendiri contohnya ianya diterjemahkan kedalam bahasa melayu dan pengamalnya memahami isi kandungan ayat yang diamalkannya untuk mengelakkan salah faham dan niat yang tidak tentu kerana pembacanya tidak memahami ayat tersebut.
 
Rujukan:
11

suntingan