Perbezaan antara semakan "Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan"

tiada ringkasan suntingan
k (menghapuskan Kategori:Budaya Melayu (HotCat))
'''''Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan''''' ialah [[kamus]] ekabahasa [[bahasa Melayu]] yang disusun oleh [[Zainal Abidin Safarwan]] dan diterbitkan oleh ''Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd'' pada tahun [[1995]]. Pada [[1996]], kamus ini yang merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk mencecah 100,000 [[kata masukan]] menjadi pemenang [[Anugerah Buku Kebangsaan]] [[Malaysia]]. Setakat ini, kamus ini merupakan kamus bahasa Melayu yang paling banyak menyenaraikan ungkapan.<ref name=besar />
 
''Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan'' pada hakikatnya ialah edisi baharu ''Kamus Sinonim'' yang disusun oleh Zainal Abidin pada [[1984]]. Oleh sebab tambahan pada senarai kata masukan dan maknanya adalah sekali ganda, maka penerbit ''Utusan Publications & Distributors'' menyifatkan kamus itu sebagai sebuah kamus barubaharu lalu memberikannya judul yang baharu. Semua perkataan dan ungkapan yang dijadikan kata masukan dan maknanya diambil daripada bahan bahasa Melayu yang digunakan dalam tulisan dan lisan. Ini terdiri daripada [[bahasa Melayu Klasik]] dan semasa, dan mencakupi bahasa Melayu yang digunakan di [[Brunei]], [[Indonesia]], Malaysia, dan [[Singapura]].
 
==Kandungan==