Kesultanan Riau-Lingga: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
'''Kesultanan Lingga-Riau''' ialah sebuah [[kerajaan]] [[Islam]] di [[Kepulauan Lingga]], [[Riau]], [[Indonesia]] yang merupakan pecahan daripada [[Kesultanan Johor]]. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara [[United Kingdom]] dan [[Belanda]] pada tahun [[1824]], dengan [[Sultan Abdul Rahman I Muadzam Shah]] sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada [[3 Februari]] [[1911]].
 
Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan [[bahasa Melayu]] sehingga menjadi bentuk [[bahasa Indonesia]] kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan [[kesusasteraan]] serta memiliki [[kamus]] ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah [[Raja Ali Haji]], seorang [[pujangga]] dan [[ahli sejarah]] yang berketurunan [[Melayu]]-[[Bugis]].
190

suntingan