Tottenham: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hamba Allah (bincang | sumb.)
Rusuhan
Hamba Allah (bincang | sumb.)
Baris 30:
 
*Rusuhan Broadwater Farm di sekitar kawasan Broadwater Farm berlaku pada 6 Oktober 1985. Rusuhan ini merupakan tindak balas terhadap kematian seorang Afro-Karibia dalam suatu pemeriksaan polis di rumahnya. Rusuhan ini menyaksikan perbalahan yang sangat tegang antara golongan belia berkulit hitam dan juga Polis Metropolitan yang kebanyakannya berkulit putih. Hal ini disebabkan oleh isu-isu tempatan dan rusuhan ini juga kebetulan berlaku seminggu selepas rusuhan di [[Brixton]]. Seorang anggota polis dilaporkan mati dalam rusuhan ini.<ref>{{Cite web|url=http://www.police-foundation.org.uk/files/POLICE0001/speeches/1986%20Sir%20Kenneth%20Newman.pdf|title=Police-Public Relations: The Pace of Change: Police Foundation Lecture 1986|author=Kenneth Newman|publisher=The [[Police Foundation]]|date= 1986|accessdate=}}</ref>
*[[Rusuhan London 2011]] merupakan siri rusuhan yang bermula di Tottenham. Rusuhan ini berpunca daripada perjumpaan seratus orang warga Tottenham yang mengadakan tunjuk perasaan atas kematian Mark Duggan yang ditembak mati oleh pegawai polis dalam Operasi Trident seminggu sebelum itu. Dalam tempoh berlakunya rusuhan, punca kematian Mark Duggan tidak dikenalpasti. Rusuhan menyebabkan banyak bangunan, bas-bas awam, dan kereta peronda polis dibakar serta berlakunya kecurian berleluasa selepas premis dipecah masuk.
 
==Kemudahan pengangkutan==