Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kristalyamaki (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Kristalyamaki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif [[Abdul Taib Bin Mahmud|Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud]], Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu, serta [[Ketua Negeri Malaysia|Ketua Menteri]] Sarawak dan Presiden PBB sekarang.

[[Imej:Pbbhead.jpg|thumb|150px|Presiden PBB]]Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari [[1963]], BARJASA, SNAP, PESAKA dan [[(Persatuan Cina Sarawak]] (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai [[1962]]. Parti campuran ini dipengerusikan oleh [[Tun Jugah]], dengan [[Stephen Kalong Ningkan|Datuk Stephen Kalong Ningkan]] sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, PANAS kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang [[pilihan raya]] untuk menyertai parti pembangkang [[ Parti Kebangsaan Sarawak]] (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. [[Kalong Ningkan|Datuk Kalong Ningkan]] dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama, manakala Tun Jugah dilantik menganggotai [[Kabinet Malaysia|Kabinet Persekutuan]] di [[Kuala Lumpur]] selaku [[Kementerian Hal Ehwal Sarawak|Menteri Hal Ehwal Sarawak]].

Antara tahun [[1963]] dan [[1966]], [[politik]] Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden [[SNAP]]. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah [[Penghulu]] [[Tawi Seli]]. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli [[BARJASA]] (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Baris 14:

Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam [[Barisan Nasional]] Negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan bumiputera. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Ahli-ahlinya telah menjangkau 300,000 orang, dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh negeri. Parti ini disokong penuh oleh kaum bumiputera, terutamanya golongan Melayu-[[Melanau]], [[Iban]], [[Bidayuh]], dan [[Orang Ulu]].

==Alamat==
Ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputra

Lot 401, Jalan Bako

P.O. Box 1953

Kuching 93400

SARAWAK

Tel : 6082-448299/ 6082-448298

Fax : 6082-448294

http://www.bumiputerasarawak.org.my

==Rujukan==