École française d'Extrême-Orient: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Baris 84:
 
==Aktiviti dan kajian saintifik==
[[Fail:Grenouilles.jpg|thumb|240px|''Sekolah Katak'', sebuah karya tentang kisah dongeng Vietnam, disimpan di perpustakaan EFEO]]
 
Pada penghujung kurun ke-19, kajian tentang Asia telah mengalami beberapa perubahan. Pembangunan pesat sains telah menyebabkan penggunaan kemudahan-kemudahan penyelidikan yang baru. Pendekatan metodologi yang baru juga telah mengubah kaedah pengendalian bahan-bahan sejarah di Asia. Selain itu, pengkajian struktur dan epitaf bagi menyelidiki etnologi dan bahasa-bahasa memerlukan para sarjana berada di Asia.<ref name="Christiane Pasquel Rageau">[http://www.hannom.org.vn/web/tchn/data/8902v.htm#rc7 Christiane Pasquel Rageau - ''Bulletin d’informations de L’Association des Bibliothécaires Français'']. N.0140, I<sup>er</sup> Trimestre 1989.</ref> Pengumpulan dan pemuliharaan artifak dan dokumen juga memerlukan kaedah pengendalian yang kompleks, serta institusi khusus dalam bidang tersebut.
 
Pada tahun 1898, seorang sarjana Perancis terkenal di India telah menghantar cadangan projek pembinaan Sekolah Perancis Chandannagar yang mengguna pakai kaedah saintifik terbaru, namun tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak berkuasa.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/> Paul Doumer kemudiannya cuba menghidupkan semula projek ini, namun beliau mencadangkannya di [[Indochina]]. EFEO kemudiannya menjadi pusat penyelidikan pertama yang beroperasi menggunakan kaedah terbaru.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/> Misi EFEO pada peringkat awalnya terdiri dari dua perkara penting: kajian tentang arkeologi dan bahasa sastera di Indochina; serta menyumbang kepada para sarjana tempatan di rantau tersebut dan negara-negara jiran yang lain seperti [[India]], [[China]] dan [[Malaysia]].
 
Pada tahun 1898, EFEO hanya wujud sebagai sebuah piagam misi arkeologi di Indochina, dan Louis Finot merupakan pengarahnya yang pertama. Pada 1899, apabila berada di Saigon, beliau memulakan penubuhan institut ini hasil dari sokongan kerajaan kolonial Perancis di Vietnam. Usaha mengkaji sejarah Asia adalah sangat sukar dan memerlukan para sarjana EFEO mencari pendekatan yang lain dari kaedah mengkaji sejarah Eropah. Ini kerana, menurut Finot, sejarah di Eropah direkodkan bersama urutan peristiwa dan tarikh, dan disimpan dengan baik. Ini berbeza dengan sejarah beberapa negara Asia seperti Kemboja, kebanyakan teks sejarah tulisan tangan tidak terpelihara dengan baik dan tidak mampu bertahan menghadapi peperangan, cuaca dan aspek-aspek lain. Inkripsi-inskripsi di atas batu bersurat juga sukar dibaca samada disebabkan hakisan, litupan fungus, ataupun sudah retak dan musnah. Maka, para sarjana EFEO terpaksa melakukan kajian dengan mengaitkan struktur seni bina purba bersama dengan kajian teks lama.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/>
 
Kejayaan pertama EFEO di Indochina ialah pengumpulan 100 karya dan 300 risalah dalam [[Bahasa Khmer]]. Pada tahun 1900, institut ini mengeluarkan edisi pertama ''Kajian tentang Syiling An Nam''. Selepas tahun pertama, empat jurnal EFEO (satu untuk setiap tiga bulan) dikeluarkan dengan 75 muka surat dan 431 fotograf dan ilustrasi tiga peta.<ref name="Christiane Pasquel Rageau"/> Antara bidang kajian terawal EFEO termasuklah: agama, seni bina Cham, cerita dongeng Vietnam, arkeologi Laos dan kebudayaan Kemboja. Dalam koleksi terawalnya juga terdapat artikel-artikel kajian tentang Chian dan Jepun. Pada tahun 1902, Seraphin Couvreur telah melancarkanmemperkenalkan satu sistem [[Perumianperumian]] untuk [[Tulisan Cina]]. Sistem ini hampir menyerupai sistem [[Pinyin]], dan digunakan dengan meluas sehingga pertengahan kurun ke-20.<ref>[22http://trans.univ-paris3.fr/IMG/pdf/Salabert.pdf Juliette Salabert - ''Faux et usage de faux, Sur le bilinguisme chinois de René Leys'']. Diakses pada 15-02-2009.</ref>
 
Selama bertahun-tahun penglibatannya dalam penyelidikan, EFEO telah melakukan banyak ekskavasi di Asia Tenggara dan mengumpul banyak koleksi artifak dan dokumen sejarah. Berdasarkan polisi yang diguna pakai EFEO untuk memulihara artifak, kebanyakan artifak ini mengalami nasib yang berbeza-beza. Seawal tahun 1930, pemindahan keluar artifak-artifak ini dari negara asalnya telah dikritik oleh akhbar-akhbar Perancis. Contohnya, pada bulan Januari 1943, 23 tong seberat 8 tan yang dipenuhi hasil ukiran purba Kemboja telah dihantar di muzium-muzium EFEO di Tokyo. Bagaimanapun, terdapat juga artifak-artifak yang dipulangkan kembali oleh EFEO. Contohnya pada 3 November 1942, EFEO menghadiahkan kepada Raja Kemboja satu ukiran dinding sepanjang 10 meter, kini diletakkan di Istana Diraja di Phnom Penh.<ref>{{cite book |title=L'Ecole française d'Extrême-Orient, ou, L'institution des marges, 1898-1956 | url =http://books.google.fr/books?id=2fLWrCRhxdcC&pg=PA265&lpg=PA265&dq=Angkor+efeo&source=web&ots=gQldcqfEfg&sig=8VIKMiqSVhEVPHYU3QgbX1iWycc&hl=fr&sa=X&oi=book_result&resnum=2&ct=result#PPA263,M1 |last=Singaravélou |first=Pierre |year=1999 |publisher=Harmattan |location= |isbn=2738481558 |pages=263 }}
Kejayaan pertama EFEO di Indochina ialah pengumpulan 100 karya dan 300 risalah dalam [[Bahasa Khmer]]. Pada tahun 1900, institut ini mengeluarkan edisi pertama ''Kajian tentang Syiling An Nam''. Selepas tahun pertama, empat jurnal EFEO (satu untuk setiap tiga bulan) dikeluarkan dengan 75 muka surat dan 431 fotograf dan ilustrasi tiga peta. Antara bidang kajian terawal EFEO termasuklah: agama, seni bina Cham, cerita dongeng Vietnam, arkeologi Laos dan kebudayaan Kemboja. Dalam koleksi terawalnya juga terdapat artikel-artikel kajian tentang Chian dan Jepun. Pada tahun 1902, Seraphin Couvreur telah melancarkan sistem [[Perumian]] untuk [[Tulisan Cina]]. Sistem ini hampir menyerupai sistem [[Pinyin]], dan digunakan dengan meluas sehingga pertengahan kurun ke-20.[22]
</ref> Ketika EFEO mahu meninggalkan Vietnam pada tahun 1957, dokumen-dokumen di perpustakaannya dibahagikan mengikut bahasa, dokumen yang ditulis dalam bahasa Eropah menjadi hak milik EFEO, sementara dokumen dalam bahasa tempatan menjadi hak milik kerajaan nasional Vietnam. Bagaimanapun, banyak artifak dan dokumen sejarah telah dihantar ke Paris oleh EFEO. Koleksi sejarah Asia Tenggara di Muzium Guimet adalah sangat besar, hasil operasi EFEO pada awal kurun ke-20.<ref>[http://www.guimet.fr/-Asie-du-Sud-Est- Muzium Guimet - ''Asie du Sud-Est'']. Diakses pada 15-02-2009</ref>
 
==Rujukan==