Perbezaan antara semakan "Muhammad Indera"

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak{{fact}}. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, [[Batu Pahat]], [[Johor]].
 
==Dunia Pendidikan==
 
Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beiau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat [[Sultan Johor]], DYMM Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun [[1937]]. Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri [[Muhyiddin Yassin]].
 
Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan [[Muar]], Johor.
 
==Politik==
6,420

suntingan