Perbezaan antara semakan "Syarif Mekah"

20 bait ditambah ,  10 tahun lalu
 
==Dinasti Syarif Mekah, Khadim Al Haramain==
[[Mekah|Makkah Al Mukarramah]] ialah kota paling suci dalam Islam kerana ia menempatkan [[Kaabah]] yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Dua lagi kota suci dalam Islam ialah [[Madinah Al Munawwarah]], tempat makam Rasulullah SAW berada dan [[Baitulmaqdis]], kiblat pertama umat Islam. Sebelum dinasti Syarif Mekah diasaskan, pemerintah Mekah lebih dikenali sebagai [[Wali]] (Gabenor) Mekah yang dilantik oleh Khalifah umat Islam.
 
Pada zaman [[Khulafa al-Rasyidin]], pemilihan gabenor Mekah kurang diberi perhatian kerana banyak menumpukan perhatian kepada pembukaan wilayah baru dan pergolakan dalam negara ketika di bawah pemerintahan [[Khalifah] [[Uthman ibn Affan]] dan Khalifah Ali. Ketika itu pemilihan wali diambil dari kalangan keluarga [[Bani Hasyim]]. Pada zaman [[Bani Umayyah]] dan [[Abbassiyah]], wali Mekah dilantik dari kalangan keluarga mereka atau penyokong-penyokong mereka.
 
Pada akhir abad ke 9M, wujud gerakan yang bergelar [[Qaramithah]] yang diasaskan oleh Abu Tahir ibnu Abu Said Al Jaunabi Al Qarmati. Mereka ialah kelompok pelampau agama yang telah berjaya memerintah [[Oman]] dan kemudiannya menakluki Mekah pada tahun 929M dan membunuh rombongan jemaah haji. Mereka terus memerintah Mekah sehingga tahun 965M, sehinggalah mereka dikalahkan dan diusir dari Mekah oleh Syarif Jaafar ibnu Muhammad Al Hassani yang mengetuai rombongan jemaah haji dari [[Mesir]]. Tindakan mengusir puak Qaramithah ini disokong oleh Kerajaan [[Fatimiyyah]] yang merupakan pesaing kepada kerusi kekhalifahan kepada Bani Abbassiyah.
10,343

suntingan