Perbezaan antara semakan "Makhluk Berekor"

'''{{nihongo|Makhluk Berekor|尾獣,|bijū}}''' merupakan sembilan ekor raksasa yang dikenalpasti sebagai daya penggerak kepada jalan cerita dalam siri Naruto. Makhluk Berekor ini terbentuk daripada gumpulan chakura yang sangat besar dan diberikan nama berdasarkan kepada jumlah ekor yang ia miliki. Makhluk Berekor ini kadangkala dirujuk sebagai '''{{nihongo|"Raksasa Chakura"|チャクラのバケモノ,|Chakura no Bakemono}}''',<ref>Manga Naruto, Bab 404, muka 14</ref>, yang memberikan makhluk berekor tersebut "kekuatan" yang melampaui mana-mana ninja. Bagaimana pun, oleh kerana sifat liar yang ia miliki sebagai makhluk berekor, ini membuatkan ia tidak memiliki tahap "kepintaran' yang diperlukan untuk mempergunakan tenaga tersebut secara berkesan. Apabila makhluk berekor ini dimeterai atau disatukan kepada seseorang hos manusia, maka ia bakal memperolehi pengetahuan yang dimiliki oleh "perumahnya". Keadaan ini akan membolehkan makhluk berekor ini kebolehan untuk mempergunakan kuasa mereka dengan lebih efektif hasil bantuan daripada hos manusia tersebut.
 
==Sejarah==
{{Lihat juga|Jinchūriki}}
Berkurun sebelum permulaan sejarah dunia ninja, terdapat seekor makhluk raksasa yang dinamakan [[Makhluk Berekor Sepuluh]] yang telah memporak-perandakan dunia sehinggalah ia dikalahkan oleh seorang ninja hebat bernama [[Rikudō Sennin]] yang kemudiannya "mengurung" bijū ke dalam tubuhnya sendiri. Ini menjadi Rikudō Sennin sebagai perumah atau [[jinchūriki]] pertama kepada makhluk berekor di dalam dunia ninja Naruto. Bagaimana pun, apabila Rikudō Sennin mengetahui bahawa kematiannya bakal melepaskan semula Jūbi ke dunia, maka Rikudō Sennin telah menggunakan kebolehannya yang dipanggil [[Penciptaan Semua Benda]], lalu memisahkan chakura Jūbi menjadi sembilan ekor bijū yang lain. Rikudō Sennin kemudiannya menggunakan teknik [[Chibaku Tensei]] untuk menyalut tubuh Jūbi yang mana kemudiannya menjadi sebagai bulan<ref>Manga Naruto, Bab 467, muka 14-16</ref><ref>Manga Naruto, Bab 510, muka 11-12</ref>.
1,205

suntingan