Kee Abdullah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
Kee Abdullah juga pernah terlibat dalam usaha mewujudkan sebuah pekan baru iaitu Pekan Tawau yang baru di sebuah tempat yang lebih strategik iaitu di sebuah tempat yang dikenali sebagai 'Tanjung' untuk menggantikan pekan lama iaitu 'Tawau Lama' yang tidak sesuai lagi untuk dijadikan pusat ekonomi bandar. Usaha ini sebagai langkah untuk menjadikan Tawau sebagai pekan yang lebih luas dan selesa menjadi pusat perdagangan dan perniagaan memandangkan Tawau Lama ketika itu agak sempit dan dipenuhi dengan rumah-rumah kampung masyarakat tempatan.
 
Oleh kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu dan juga mendapat kepercayaan British beliau telah dilantik menjadi Ketua Masyarakat menggantikan Imam Mustapa. Seterusnya jawatan ketua masyarakat ini telah digantikan dengan jawatan baru yang dikenali sebagai Orang Kaya Kaya atau OKK. Kee Abdullah telah diberi penghormatan untuk pertama kalinya memegang jawatan yang baru ini dan selepas itu beliau dikenali sebagai OKK Kee Abdullah. Beliau telah meeliau meninggal dunia pada tahun 1936 ketika berusia 73 tahun setelah lama menyumbangkan jasa dan berbakti kepada bangsa Melayu Tawau selama puluhan tahun. Semasa beliau meninggal dunia, nama beliau sangat dihormati oleh masyarakat Melayu Tawau dikenang kerana jasa-jasa beliau. Kerana itulah juga anak beliau, Abu Bakar Abdullah dilantik menggantikan beliau sebagai Orang Kaya-Kaya ( OKK ) atau penghulu merangkap Ketua Masyarakat Melayu Peribumi ( Native Chief ). Ketika ini, nama beliau telah diabadikan di sebuah jalan di bandar Tawau sempena memperingati jasa-jasa kepada masyarakat dan penduduk di Tawau ini.