Kee Abdullah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Nama beliau sebenarnyaasalnya ialah Kee Kim Swee. Setelah memeluk agama Islam , beliau memilih Abdullah sebagai nama Islam beliau dan seterusnya dikenali sebagai Kee Abdullah ataupun OKK Kee Abdullah. Berketurunan Sino Dusun dan dilahirkan di pada tahun 1863. Ibu beliau bernama Kipas adalah berketurunan Dusun Tutung. Walau bagaimanapun beliau pernah dipelihara sebagai anak angkat oleh seorang nelayan berbangsa Melayu Suluk beRnama Ibrahim yang menyelamatkan beliau ketika hanyut dan kapal yang dinaiki beliau karam dalam pelayaran di perairan berdekatan Kudat. Ketika beliau berumur 31 tahun, beliau memulakan kerjaya beliau di dalam jabatan kerajaan sebagai kerani di Sandakan dan kemudiannya ditugaskan di Silam.
 
Oleh kerana latar pendidikan beliau yang baik dan mempunyai kemahiran kerja yang tinggi, beliau diberi kepercayaan oleh Pegawai Daerah Inggeris di Lahad Datu, Alexander Rankin Dunlop untuk ditugaskan di Tawau pada 16 Oktober 1894 sebagai wakil beliau merangkap jawatan Pemeriksa Kastam dan Pemungut Hasil. Antara tugas utama beliau sebagai wakil kerajaan Inggeris ialah membuat pungutan Cukai Diri ( Poll Tax ) bernilai $1 setiap penduduk. Tidak lama selepas itu, Alexander Dunlop juga berpindah ke Tawau dan menjawat jawatan sebagai Residen Tawau yang pertama dan bertugas bersama sama Kee Abdullah di pejabat Residen.