Perang Salib: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mathonius (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.144.95.171 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Xqbot
Baris 166:
===Caucasus===
Di pergunungan Caucasus dalam negara [[Georgia]], dalam kawasan tanah tinggi terasing yang disebut [[Khevsureti]], sebuah kabilah yang dipanggil [[orang Khevsur]] diandaikan berkemungkinan keturunan langsung bagi sekumpulan tentera salib yang terpisah dari pasukan yang lebih besar dan kekal dalam pengasingan dengan beberapa budaya tentera salib terpelihara. Tinggalan perisai, senjata dan baju besi masih lagi digunakan dan diwarisi turun temurun dalam masyarakat tersebut hatta sehingga kurun ke-20. Anggota tentera dan ahli etnografi Rusia, [[Arnold Zisserman]] yang menghabiskan masa selama 25 tahun (1842-67) di Caucasus, percaya bahawa kumpulan luar biasa penduduk tanah tinggi Georgia tersebut adalah keturunan tentera salib terakhir berdasarkan adat resam, bahasa, dan kesenian mereka. Pengembara Amerika, [[Richard Halliburton]] (1900-1939) menyaksi dan mencatatkan adat resam kabilah tersebut dalam tahun 1935.
 
== Penggunaan istilah "Perang Salib" ==
{{kegunaanlain}}
{{wiktionarypar|Perang Salib}}
 
Perang Salib tidak pernah digunakan oleh orang-orang yang terlibat dalam perang tersebut. Tentera Salib yang asal dikenali dengan pelbagai istilah termasuklah ''fideles Sancti Petri'' (orang yang beriman dengan St. Peter) atau ''milites Christi'' (tentera [[al-Masih]]). Mereka melihat diri mereka sebagai membuat ''iter'' (perjalanan), atau ''peregrinatio'' (ziarah suci), walaupun jemaah ziarah ke tempat suci selalunya dilarang membawa senjata. Seperti jemaah ziarah suci, setiap tentera Salib bersumpah mengangkat sumpah yang akan dipenuhi untuk berjaya sampai ke Baitul Maqdis, dan mereka diberikan salib kain yang dijahit pada pakaian mereka. Perbuatan "mengambil salib" (''crux'') ini akhirnya dikaitkan dengan keseluruhan perjalanan itu; perkataan "crusade" (masuk ke dalam [[bahasa Inggeris]] dari perkataan [[bahasa Perancis|Perancis]] ''croisade'', [[bahasa Itali]] ''crociata'' atau [[bahasa Portugis]] ''cruzada'') terbina daripada sini.
 
Sejak kurun ke-17, istilah "perang Salib" telah membawa satu konotasi dalam [[Dunia Barat]] iaitu satu kempen yang wajar, pada kebiasaannya untuk "membanteras [[kejahatan]]", atau berperang untuk alasan yang wajar. Dalam penggunaan umum atau keagamaan bukan sejarah, "perang Salib" mempunyai makna yang lebih tegas dan keagamaan — sebahagian besarnya dibuang dari 'perjuangan bersenjata'.
 
Dalam makna yang lebih luas, "perang Salib" dapat digunakan, selalunya dalam makna bersifat [[retorik]] dan [[metafora]], untuk mewajarkan sebarang [[perang]] yang mendapat justifikasi agama.
 
Aktivis-aktivis fanatik juga merujuk alasan mereka sebagai "perang Salib", sebagaimana dalam "Perang Salib terhadap Buta Huruf Orang Dewasa", atau "Perang Salib terhadap Pembuangan Sampah". Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bagaimana pun, penggunaan "perang Salib" sebagai istilah positif telah menjadi kurang untuk mengelak daripada menyinggung perasaan orang Islam atau sesiapa sahaja yang terasa tersinggung hati dengan istilah tersebut. Istilah ini juga mencorakkan kefanatikan pendukung agenda, contohnya kempen-kempen "Perang Salib buat hak wanita untuk memilih" dan "Perang Salib untuk bersembahyang di sekolah awam".
 
== Reputasi popular ==