Ngah Jabor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 18:
 
Ngah Jabor pada usianya yang muda iaitu lebih kurang 17 tahun ditangkap oleh pihak British kerana disyaki terlibat dengan peristiwa pembunuhan J.W.W. Birch. Malah mengikut rekod rasmi British, jelas menunjukkan Ngah Jabor dan rakan-rakannya yang lain seperti ketuanya [[Dato Maharaja Lela]], [[Pandak Indut]], [[Panjang Bur]], [[Kulup Ali]], [[Dato Sagor]] dan [[Si Tuah]] dituduh bersekongkol dan bersubahat dalam pembunuhan Residen British di Perak iaitu [[J.W.W. Birch]]. Perbicaraan Mahkamah British Perak telah dilaksanakan di [[Matang]], [[Larut]] pada 14 Disember 1876 hingga 22 Disember 1876.<ref>C.O. 273/90, Gabenor Negeri-Negeri Selat kepada Pejabat Kolonial, 11 Januari 1877, terlampir enclosure 2, “Trial of Maharajah (Maharaja) Lela and others for murder of Mr. Birch”, (seterusnya diringkaskan menjadi C.O. 273/90, “TMMB”).</ref><ref>[http://journalarticle.ukm.my/521/1/1.pdf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pembunuhan J.W.W Birch;Satu Kajian Tentang Pembunuhnya]</ref> Dijelaskan juga bahawa, Kulup Ali, Ngah Jabor, Pandak Indut dan Si Tuah telah merejam lembing ke tempat mandi J.W.W Birch. Ngah Jabor juga mengakui membunuh J.W.W Birch apabila ditanya sendiri oleh [[Dato Maharaja Lela]].<ref>C.O. 273/90, “TMMB”, kenyataan Raja Dein Meruwa, 16 Disember 1876.</ref><ref>[http://journalarticle.ukm.my/521/1/1.pdf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pembunuhan J.W.W Birch;Satu Kajian Tentang Pembunuhnya]</ref>
 
==Terlepas hukuman==
 
Difahamkan bahawa Ngah Jabor, Kulup Ali, Si Tuah dan Panjang Bur yang mengaku terlibat dalam konspirasi pembunuhan J.W.W Birch telah dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah British di Perak atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan J.W.W Birch. Manakala Pandak Indut didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876. Pada 20 Januari 1877, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut pula dihukum gantung sampai mati.<ref>http://aziziabdullah.blogspot.com/2008_01_01_archive.html</ref>
 
Namun, buku ''Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921)'' diceritakan bahawa sesetengah orang berpendapat Ngah Jabor telah dibebaskan dari penjara secara senyap-senyap oleh [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar|Raja Idris]] apabila baginda menjadi Sultan pada tahun 1887.<ref>Halaman 84, Orang Biasa Diraja, Hayat dan Zaman Imam Perang Jabor (1858-1921), Hashim Sam, PNM</ref>. Dakwaan ini diperkuatkan lagi dengan maklumat yang dikeluarkan oleh [[Majlis Daerah Kampar]] iaitu menyebut "''Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latiff, penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada tahun 1887 menjadi Hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch pada tahun 1876''".<ref>http://www.mdkampar.gov.my/latarbelakang</ref>
 
==Menghilangkan diri==