Perbezaan antara semakan "Peristiwa Bukit Kepong"

 
==Serangan Komunis==
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayaimenurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh [[Muhammad Indera]], seorang Komunis [[Orang Melayu|Melayu]] yang memimpin 2 platun komunis Melayu<ref>[http://books.google.com/books?id=dsxuAAAAMAAJ&q=bawah+pimpinan+Mat+Indera#search_anchor Memoir Abdullah C.D., Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, muka 116 -117, terbitan SIRD,2007.]</ref>, <ref>[http://kerispusakabangsa.blogspot.com/2011/09/memoir-abdullah-cd-sangkal-kenyataan.html Memoir Abdullah CD Sangkal Kenyataan Adik Mat Indera.]</ref>. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja,{{fact}} bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisser Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong [[kawat berduri]] balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh [[Jamil Mohd Shah|Sgt Jamil Mohd Shah]], enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.<ref>[http://www.ukm.my/knam/data/Peristiwa_Bukit_Kepong.pdf Universiti Kebangsaan Malaysia - ''Peristiwa Bukit Kepong'']. Diakses pada 01-09-2011</ref>
 
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
245,304

suntingan