Perbezaan antara semakan "Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman"

tiada ringkasan suntingan
'''Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman''' ([[2 Mei]] [[1925]] - [[20 Ogos]] [[2008]]) merupakan adinda kepada [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Ja'afar]], [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]] ke-10. Baginda juga merupakan putera kedua daripada perkahwinan antara [[Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad|Tuanku Abdul Rahman]], [[Yang di-Pertuan Agong]] pertama bersama Che Maimunah dan diputerakan di [[Kuala Pilah]], [[Negeri Sembilan]]. Baginda turut dikenali dengan nama gelaran "''Charlie''".
 
Beliau adalah pengasas perniagaan Kumpulan Melewar pada 1963.
== Kehidupan ==
Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang [[Melayu]], seorang [[Cina]], seorang Kaukasia, seoangseorang [[Jepun]] dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.
 
Tunku Abdullah menamatkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Glasgow dan mempunyai diploma dalam agrikultur dari Universiti Miyazaki di Jepun. Baginda pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 10 tahun sebelum baginda memasuki bidang politik sebagai ahli [[Parlimen]] [[Rawang]] dari [[1964]] hingga [[1974]].
[[Kategori:Kerabat diraja Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Negeri Sembilan]]
 
[[en:Tunku_Tan_Sri_Abdullah]]
[[id:Tunku Tan Sri Abdullah]]
16,835

suntingan