Mohd Zin Mohamed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: en:Mohd Zin Mohamed; perubahan kosmetik
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
}}
 
'''Y.B Dato’ Ir. Mohd Zin Mohamed''' (Lahir [[28 Mac]] [[1954]]), merupakan Menteri Kerja Raya & [[Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004|Ahli Majlis Tertinggi UMNO]].Terkini beliau adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor.
 
== Kehidupan Awal ==
Baris 41:
Beliau dilahirkan di [[Muar]], [[Johor]]. Beliau mendapat pendidikan di [[Universiti Teknologi Mara]] (UITM) pada [[1977]] dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.
 
Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Struktur, Perbadanan Kemajuan Negeri [[Selangor]](PKNS) sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah di Bradley University[[Universiti Bradley]], [[Peoria]],[[Illinois]], [[Amerika Syarikat]] pada [[1980]] dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu sarjana di universiti yang sama.
 
Malahan beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Virus Japanese Encephalitis (JE) di Majlis Bandaraya [[Shah Alam]] (MPSA).
Baris 49:
Beliau pernah menjadi Ketua [[UMNO]] Cawangan Seksyen 8, Shah Alam pada [[1986]]-[[1993]] dan kemudiannya menjadi Ketua Pemuda [[UMNO]] [[Shah Alam]] pada [[1989]]-[[1994]]. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Bendahari Pemuda [[UMNO]] Selangor serta Exco Pergerakan Pemuda [[UMNO]] Malaysia.
 
Mohd. Zin juga pernah menjadi Setiausaha, Jawatankuasa Petugas MT UMNO Bagi Menangani Fitnah selain ahli Panel Peguam [[Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004|Majlis Tertinggi UMNO]]. Pada [[2001]], beliau dipilih semula sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian [[Shah Alam]]. Pada [[2003]] beliau dilantik sebagai Ketua Penaja, UMNO Bahagian [[Kota Raja]] dan kemudiannya Ketua Penaja UMNO Bahagian [[Sepang]] ekoran peletakan jawatan Datuk [[Mohd. Sharif Jajang]].
 
== Pilihan raya Malaysia 2008 ==
Baris 67:
Mohd. Zin berkahwin dengan Datin Azlina Ahmad dan dikurniakan lima anak, Irwan Arif, Shahree, Zubir, Shafiq dan Aisyah Ilani.
 
==Saman PAS berhubung serbuan JAIS==
Pada 14 September 2011, Mohd Zin mewakili UMNO Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk [[Mustafa Ali]] yang menuduh UMNO menjadi dalang serbuan [[Jabatan Agama Islam Selangor]] ([[JAIS]]) terhadap premis [[Gereja Methodist Damansara Utama]] (DUMC) pada 19-21 Ogos 2011. Beliau / UMNO Selangor menuntut RM 10 juta daripada lima responden lain iaitu [[Presiden PAS]], Datuk Seri [[Abdul Hadi Awang]]; [[Mohamad Sabu]] (Timbalan Presiden PAS), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), [[Ahmad Lutfi Othman]] (ketua pengarang [[Harakah]]) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar [[Mahkamah Tinggi Shah Alam]] . Rencana yang dimaksudkan ialah 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'. <ref>[http://malaysiakini.com/news/175770 Umno S'gor saman PAS berhubung serbuan JAIS]</ref>
== Lihat Juga ==