Sistem metrik: Perbezaan antara semakan

8 bait ditambah ,  15 tahun lalu
Tiada ringkasan suntingan
 
'''Sistem metrik''' adalah [[sistem ukuran]] perpuluhan berasaskan [[metre]] dan [[gram]]. Ia wujud dalam beberapa variasi, dengan perbezaan pilihan unit ukuran asas, walaupun ia tidak memberi kesan pada kegunaan seharian. Selama dua abad kebelakangan, variasi berlainan telah dianggap sebagai sistem metrik. Semenjak [[1960-an]] [[Unit Sistem Antarabangsa|Unit Sistem Antarabangsa (''International System of Units - (SI) '')]] ("''Système International d'Unités''" dalam [[bahasa Perancis]], dengan itu "SI") telah menjadi sistem metrik piawaian yang diterimapakai secara antarabangsa. Unit metrik bagi jisim, panjang, dan eletrik digunakan secara meluas bagi kegunaan harian dan kegunaan saintifik.
 
[[Image:Metric system.png|thumb|right|350px|Negara dengan sistem bukan metrik.]]
Salah satu matlamat sistem metrik adalah bagi mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal. Semua panjang dan jarak, sebagai contohnya, diukur dalam meter, atau seperibu meter (millimeter), atau ribu meter (kilometer), dan sebagainya. Tidak terdapat banyak unit berlainan dengan faktor penukaran yang berlainan, seperti [[inci]], [[unit kaki|kaki]], [[ela]], [[fathom]], [[rod]], [[unit rantai|rantai]], [[furlong]], [[unit batu|batu]], [[batu nautikal]], [[unit league|league]], dll. Penungkatan dan pengurangan berkait dengan unit asas melalui pendaraban kuasa sepuluh, dengan itu seseorang boleh menukar hanya dengan mengalih tanda perpuluhan: 1.234 meter adalah 1234 millimeter, 0.001234 kilometer, dll. Penggunaan pembahagian (''fraction''), seperti 2/5 meter, tidak dilarang tetapi tidak biasa digunakan.
 
Masa, bagaimanapun, tidak dimetrik bagi penggunaan harian: [[tahun]], [[bulan]], [[minggu]], [[hari]], [[jam]], [[minit]], dan [[saat]], dengan penukaran bukan perpuluhan, masih digunakan. Saat dan pembahagiaan saat, (contohnya. ''mikrosaat''), digunakan dalam kerja saintifik, tetapi unit masa tradisi sering kali digunakan berbanding gandaan perpuluhan saat. Sistem metrik asal bertujuan untuk digunakan bersama unit masa [[Takwim Republik Perancis|Takwim Republik Perancis (''French Republican Calendar'')]], tetapi ianya tidak digunakan bersama dengan takwim tersebut.
Ianya diputuskan oleh Perancis, sistem penganti mestilah berasaskan dimensi tetap [[bumi]]. Isipadu dan berat yang menjadi unit yang berkait dengan ukuran lurus (''linear'') melalui applikasi geometrik bagi ukuran lurus (''linear'').
 
Pada akhir [[abad ke-18]], [[Louis XVI]] dari [[Perancis]] menyuruh sekumpulan [[savant]] bagi memajukan sistem ukuran yang menyeluruh, biasa, dan sejagat bagi menggantikan sistem yang berlainan yang sedang digunakan. Kumpulan ini, yang termasuk mereka yang terkemuka seperti [[Lavoisier]], menghasilkan sistem metrik, yang kemudian diterima pakai oleh kerajaan revolusi Perancis. Pada sistem metrik awal terdapat beberapa asas atau unit asas, [[sudut grad|grad]] atau ''grade'' bagi sudut, [[metre]] bagi panjang, [[gram]] bagi jisim dan [[liter]] bagi isipadu. Ia dihasilkan dari sesama sendiri melalui ciri-ciri objek alam, terutamanya [[Bumi]] dan [[air]]: 1 metre pada asalnya ditakrifkan sebagai 1/40,000,000 daripada ukur lilit polar Bumi, dan 1 liter air seberat 1 kilogram dan berukuran 1 dm³. Unit lain diambil dari unit asas ini, seperti skala suhu [[Selsius]], di mana air membeku pada 0 °C dan mendidih pada 100 °C pada tekanan piwaian.
 
[[Metre]] pada asalnya ditakrifkan sebagai 1/40,000,000 ukur lilit melalui Kutub Bumi, dan kemudiannya sebagai panjang batang aloi [[platinum]]-[[iridium]]; kemudiannya dalam istilah panjang gelombang cahaya yang dihasilkan oleh perubahan atam yang ditentukan khas (''specified atomic transition''); dan kini ia ditekrifkan sebagai [[kelajuan cahaya|jarak yang dilalui cahaya]] dalam vakum sempurna pada tempoh 1/299,792,458 saat. [[Gram]], pada asalnya satu persejuta jisim satu kubik meter persegi air, kini ditakrifkan sebagai satu perseribu jisim objek yang disimpan dalam peti besi di Perancis; bagaimanapun terdapat usaha berterusan bagi mentakrifkan semula dalam istilah kuantiti fizik yang mampu ditiru dalam mana-mana makmal dengan perkakasan yang bersesuaian. [[Saat]], pada asalnya satu per 86400 purata hari solar ditakrifkan pada 1967 sebagai tempoh 9,192,631,770 getaran radiasi yang dibebaskan pada panjang gelombang khas oleh satu atom cesium-133. Pelbagai pilihan telah dibuat bagi unit asas ketiga, unit yang diperlukan bagi merangkumi bidang elektromagnetik; Sehingga 2006 unit ini adalah [[ampere]], yang merupakan unit asas bagi arus eletrik. Kuantiti lain diambil dari unit asas; sebagai contoh unit asas bagi [[laju]] adalah meter sesaat. Apabila setiap takrifan diperkenalkan, ia direka agar padan dengan takrifan sebelumnya setepat mungkin, agar pertukaran takrifan ini tidak memberi kesan kepada kebanyakan applikasi pratikal.
 
Nama gandaan dan pembahagian dibentuk dengan prefix. Ia termasuk ''deca-'' (sepuluh), ''hecto-'' (seratus), ''kilo-'' (ribu), ''mega-'' (juta), dan ''giga-'' (bilion); ''deci-'' (sepersepuluh), ''centi-'' (peratus), ''milli-'' (perseribu), ''micro-'' (persejuta), dan ''nano-'' (perbilion). Prefixes yang biasa digunakan bagi gandaan bergantung kepada applikasi dan kadangkala tradisi. Sebagai contoh, jarak jauh disebut dalam seribu kilometer, bukannya megameter.
 
Kebanyakan pengguna harian sistem ukuran metrik mengukur [[suhu]] dalam darjah [[Selsius]], walaupun unit SI adalah [[kelvin]], skala yang unitnya mempunyai "saiz" yang serupa, tetapi bermula pada sifar mutlak. Darjah sifar Selsius bersamaan dengan 273.15 kelvin (perkataan "darjah" tidak lagi digunakan bersama kelvin).
 
Ukuran [[sudut]] telah dijadikan perpuluhan, tetapi unit bukan perpuluhan bagi sudut masih digunakan secara lebih meluas. Unit dekimal "decimal unit", yang bukannya sebahagian SI, adalah ''gon'' atau ''grad'', bersamaan dengan satu peratus [[sudut tepat]]. Pembahagian diberi nama, bukannya menggunakan prefix: ''gon'' dibahagi kepada 100 ''minit dekimal'', minit dekimal bagi setiap 100 ''saat dekimal''. Sistem tradisi, yang berasal dari Babylon, mempunyai 360 ''darjah'' dalam bulatan, 60 ''minit kecil'' (juga dikenali sebagai gerbang kecil (''arcminutes'')) dalam darjah, dan 60 ''saat gerbang'' (juga dikenali sebagai gerbang saat (''arcseconds'')) dalam seminit. Penjelasan "gerbang (''arc'')" dibuang sekiranya ianya jelad dalam konteks bahawa kita tidak bercakap mengenai minit dan saat bagi masa. Kadang kala sudut diberikan sebagai darjah perpuluhan, contohnya., 26.4586 darjah, atau dalam unit lain seperti [[radian]] (terutamanya dalam kegunaan sains selain selain [[astronomi]]) atau (''angular mil'').
 
== Sejarah ==
[[Image:SI-metrication-world.png|thumb|250px|negara dalam metrik]]
245,308

suntingan